CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 466|Reply: 1

[Pulau Pinang] Situasi buruk ekonomi negara berakhir

[Copy link]
Post time 11-2-2022 09:46 PM | Show all posts |Read mode
Situasi buruk ekonomi negara berakhir

Oleh Audrey Dermawan - Februari 11, 2022 @ 5:55pm[email protected]


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.



GEORGETOWN: Kerajaan optimis situasi ekonomi Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19, berakhir apabila negara mencatatkan pertumbuhan ekonomi 3.1 peratus dan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM50 bilion tahun lalu.

Keadaan ini lebih baik berbanding pertumbuhan ekonomi -5.6 peratus dan FDI RM14.6 bilion pada 2020.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2021 itu sejajar dengan sasaran ditetapkan iaitu antara tiga peratus dan empat peratus.

"Ini jelas menunjukkan ekonomi negara semakin baik. Malah, perkara itu menunjukkan ia adalah tahun pemulihan bagi kita.

"Kita melihat keyakinan pelabur terhadap negara semakin baik apabila berhasil mencatatkan FDI sebanyak RM50 bilion tahun lalu, lebih tinggi berbanding tahun terdahulu.

"Momentum ini dijangka akan berterusan dan kita menjangkakan ekonomi negara terus berkembang antara 5.5 peratus dan 6.5 peratus tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Komtar, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Ditanya sama ada perkembangan itu akan menamatkan kesan buruk terhadap ekonomi dihadapi negara, Zafrul berkata, beliau optimis berdasarkan sentimen pelabur, selain hasil positif menerusi import dan eksport.

"Perkara yang dibimbangi ketika ini adalah disebabkan Omicron, namun varian ini tidak terlalu berbahaya berbanding Delta," katanya.

Mengulas mengenai unjuran pertumbuhan ekonomi terbaharu, beliau berkata, perkara itu akan diumumkan bulan depan.

Ditanya mengenai bajet tambahan yang akan dibentangkan kerajaan tahun ini, Zafrul berkata, pihaknya masih belum boleh menentukan saiz belanjawan berkenaan.

"Apabila Parlimen bersidang, kita akan membentangkannya (bajet tambahan). Fokusnya adalah untuk memastikan ekonomi negara pulih serta membantu rakyat yang terkesan.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) sendiri sudah mengumumkan bantuan tambahan kepada mereka yang terkesan akibat bencana banjir, baru-baru ini, termasuk golongan petani serta pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS)," katanya.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2022 09:47 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.180922 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list