CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 530|Reply: 4

[Tempatan] Jangan diskriminasi pesakit kusta

 Close [Copy link]
Post time 30-1-2022 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Jangan diskriminasi pesakit kusta


Gambar hiasan.

Putrajaya: Semua pihak diminta untuk sama-sama meningkatkan usaha mencegah diskriminasi terhadap pesakit kusta dan ahli keluarga mereka.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, ia berikutan penyakit kusta bukan suatu 'sumpahan' atau penyakit keturunan, sebaliknya penyakit berjangkit boleh sembuh melalui pemberian rawatan terapi pelbagai jenis ubatan.

"Kusta adalah penyakit kuno yang direkod seawal 1,500 tahun sebelum masihi serta tidak mudah dijangkiti. Jika dijangkiti dan lewat dikesan serta tidak diberi rawatan, ia boleh menyebabkan kecacatan kekal kepada pesakit.

"Kecacatan kekal ini mengundang kepada banyak masalah sosial ke atas pesakit dan keluarganya.

"Ia juga menjejaskan kualiti hidup dengan menjadikan pesakit tidak berupaya menguruskan diri sendiri lantas bergantung harap atas belas ehsan dan bantuan ahli keluarga serta jiran tetangga.

"Sempena sambutan Hari Kusta Sedunia 2022 pada hari ini, mari kita tingkatkan usaha mencegah diskriminasi terhadap pesakit kusta," katanya dalam satu kenyataan media, sempena sambutan Hari Kusta Sedunia, hari ini.

Tema sambutan kali ini adalah Penyakit Kusta: Bersama Mencegah Diskriminasi.

Khairy berkata, pesakit kusta perlu diberikan hak untuk menerima perkhidmatan kesihatan yang mesra pelanggan dan mudah capai.

"Setiap pesakit perlu bebas daripada cemuhan atau pengusiran akibat dari penyakit atau kecacatan fizikal yang terjadi.

"Jika mereka mengasingkan diri, sama-sama kita mendekati mereka dengan kata-kata semangat, dorongan dan bantuan.

"Hormati mereka, berikan kebebasan untuk mereka bergaul dan peluang untuk menikmati kehidupan sejahtera, sama seperti orang lain," katanya.

Beliau berkata, ketika ini kadar kecacatan kekal dilaporkan dalam kalangan pesakit kusta adalah antara 0.02 hingga 0.05 kes bagi setiap 100,000 penduduk atau antara empat hingga lapan peratus daripada keseluruhan kes kusta baharu dilaporkan setiap tahun.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... inasi-pesakit-kusta

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2022 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
The same we should treat those unvaccinated?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 12:39 PM | Show all posts
Thread dah ada
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Pusat Kawalan Kusta Negara tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 08:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.413395 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list