CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 648|Reply: 5

[Tempatan] Guru sekolah menengah kena tipu ngan Macau Scam. Habis RM22,160

[Copy link]
Post time 29-1-2022 03:40 PM | Show all posts |Read mode
Lagi onar Macau Scam, guru lelaki lesap RM22,160
Noor Hidayah Tanzizi

Teluk Intan: Seorang guru lelaki di sebuah sekolah menengah di sini, yang panik apabila didakwa terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram kerugian RM22,160 selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa berusia 47 tahun sebelum itu dihubungi individu mendakwa daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 10 pagi, semalam.

Menurutnya, individu berkenaan kemudiannya mendakwa mangsa mempunyai tunggakan bayaran cukai, namun dinafikan lelaki terbabit.

"Selepas itu talian disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu untuk membuat laporan dan kemudiannya disambung pula kepada pihak mahkamah kononnya mangsa terbabit jenayah penggubahan wang haram.

"Pada hari sama mangsa menyerahkan butiran perbankan dalam taliannya bersama kata laluan kepada pihak berkenaan dengan alasan untuk memudahkan seliaan dan pemantauan pihak mahkamah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, mangsa menyerahkan butiran akaun banknya itu kepada kepada wanita yang memperkenalkan diri dengan panggilan Jasmine.

Bagaimanapun, mangsa hanya menyedari ditipu selepas wang simpanan dalam akaun bank miliknya dipindahkan secara berperingkat dengan dua transaksi berjumlah RM22,160.

"Mangsa kemudiannya membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Polis mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak mendedahkan sebarang maklumat perbankan kepada individu tidak dikenali dan abaikan jika menerima sebarang panggilan mencurigakan," katanya.

Disiarkan pada: Januari 29, 2022 @ 3:21pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2022 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa la cikgu tak layan porum cari..banyak citer pasal scam scam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 12:28 PM | Show all posts
Mesti cikgu ni kurang membaca kalau tak pasti dia tahu perkembangan terkini semasa
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Smlm ada org call ckp i ada cukai tertunggak..i kena byr rm38k sebelum 3ptg. . Pompuan yg acah2 pegawai LHDN tu ckp mcm org indon. Lol
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Jumaat baru ni pun I dpt call ckp ada tunggakan cukai.

Pergi mamp laa.. ko kutip tunggakan cukai dr najib dlu.

Kalau pun real.

Ini scam. Pergi mamp skrg jugak!
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 07:54 PM | Show all posts
winda_klose replied at 30-1-2022 01:48 PM
Smlm ada org call ckp i ada cukai tertunggak..i kena byr rm38k sebelum 3ptg. . Pompuan yg acah2 pega ...

Lain kali rakam la..nak dengar juga apa dialog scammer nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.066667 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list