CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 908|Reply: 6

Saya yang tulis semua lagu saya – Taylor Swift

[Copy link]
Post time 25-1-2022 10:19 PM | Show all posts |Read mode

PENYANYI Taylor Swift (kiri) menyelar kenyataan Damon Albarn yang mendakwa dirinya tidak menulis lagu sendiri.

Saya yang tulis semua lagu saya – Taylor Swift

KOMEN melulu, she doesn’t write her own songs (dia tak tulis lagunya sendiri) merujuk kepada Taylor Swift dari bibir penyanyi Damon Albarn sepertinya menempah nahas sendiri.

Tidak berdiam, Taylor atau nama sebenarnya, Taylor Alison Swift menerusi Twitter,  berang dan menegaskan semua lagu yang dirakamkan selama ini merupakan hasil ciptaan sendiri.

“Saya merupakan peminat anda sampailah berita tersebut sampai ke pihak saya. Saya tulis sendiri semua lagu saya.

“Komen anda benar-benar tidak betul dan sangat merosakkan. Anda tak perlu untuk menggemari lagu-lagu saya tapi sungguh biadab apabila memburukkan nama saya dengan mengatakan saya tak tulis lagu sendiri,” ciap pelantun lagu Cardigan itu.

Taylor, 32, menyambung luahan rasa tidak puas hati dengan ciapan sarkasitik berbunyi: “Untuk pengetahuan anda, saya tulis ciapan ini sendiri kalau itu membuatkan anda tertanya-tanya.”

Bagaimanapun, Damon yang juga merupakan anggota kumpulan Gorillaz tetap mempertahankan diri, sekali gus menyalahkan media bahawa kenyataannya semasa temu bual bersama Los Angeles Times telah disalah tafsir.

“Saya setuju dengan anda. Saya berbicara tentang penulisan lagu dan malangnya, bahagian yang tidak sepatutnya telah digunakan untuk tujuan clickbait (tajuk untuk memancing perhatian pembaca).

“Saya minta maaf sangat-sangat. Menafikan bakat penulisan lagu anda adalah perkara yang tidak tergamak saya nak sentuh. Saya harap anda mengerti,” ciap Damon cuba menjernihkan keadaan.

Terdahulu, Damon memaklumkan kepada akhbar Los Angeles Times bahawa Billie Eilish seorang artis hebat, sebaliknya perkara tersebut tiada pada diri Taylor.

Damon dengan berani menyifatkan penyanyi popular global itu sebagai artis yang tidak menulis sendiri lagu nyanyiannya. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... -saya-taylor-swift/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 01:49 AM | Show all posts
ai dari petang tadi terhibur baca komen karats taylor swift yg panjang berjela psl benda nih kat socmeds. kelakar betol... sentap dgn retis yg dikatakan tua dan sendu

hello dek, damon albarn tu memang molot takda insurans sejak zaman dia jambu lg. siapa jah yg tak pernah dia ajak bergaduh, kurt cobain tu pon dia pernah sindir.

at the end of the day, dua retis bertaraf millionaire berbalas2 stetmen jah pon. sorg bekas pendadih heroin, sorg lg professional victim since 2009. tak payah la gigeh sgt libatkan feminism ke, misogyny yg sepatutnya ditimbulkan utk isu lebih berat.



Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
berani heols cari gado dgn taytay uturn terus statement heols
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 11:27 AM | Show all posts
taytay ni aku kagum sbb dia naik dgn effort sndr...ke ada org tlg jgk? tp mula2 tu lagu di buat sndr terus mendonia...lepas tu baru bergosipan gaduh dgn retis sana sini..btw bf dia encem...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 26-1-2022 11:27 AM
taytay ni aku kagum sbb dia naik dgn effort sndr...ke ada org tlg jgk? tp mula2 tu lagu di buat sndr ...

Memula Taytay ni muncul, sheolls menang award VMA kalahkan Beyonce. Kanye West yg present award utk Taytay masa tu interrupt speech sheolls, defending Beyonce lebih layak menang dri sheolls. Sian jugaklah Taytay mcm kena buli dgn Kanye. Sejak dari situ kot sheolls being too defensive and lagu2 yg ditulis mesti ada kaitan dgn org2 yg pedajal dia hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
blakerainer replied at 26-1-2022 07:39 PM
Memula Taytay ni muncul, sheolls menang award VMA kalahkan Beyonce. Kanye West yg present award ut ...


Amboi, alasan defensive

Setiap kali dia keluarkan lagu pasal ex, maka berduyun ler peminat2 fanatik dia mengutuk ex yg dimaksudkan kat twitterland. Nasib ler
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2022 10:42 PM | Show all posts
dia pon dulu buli Katy Perry,
waktu sheols terkena dengan Kuim tu, iols padan mukakan jer...

tapi lagu2 sheols mmg aku minat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.095455 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list