|
Sumber IG Nissa Sabyan
Kumpulan Sabyan Gambus kembali mengatur perjalanan seni bagi tahun 2022. Bagaimanapun, vokalis utama yang dikenali sebagai Nissa Sabyan tetap menjadi tumpuan utama.
Tahun lalu, Nissa dilanda kontroversi didakwa sebagai orang ketiga dalam rumahtangga Ayus dan isterinya, Ririe. Meskipun sehingga ke hari ini isu 'pelakor' masih terus diperkatakan, Nissa tetap memilih untuk diam.
Walau diterpa isu negatif, Sabyan Gambus cekal meneruskan kegiatan seni mereka seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Mereka tetap fokus untuk tampil dengan album pertama yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Dalam satu sidang media, tatkala ditanya mengenai perkara tersebut, Nissa yang hadir bersama Ayus dan Kamal tertawa kecil sebelum menjawab ringkas soalan wartawan.
"erkara pertama yang harus saya lakukan adalah belajar sabar dan terus bersabar," katanya.
Sebagai figura yang dikenali ramai, dia sentiasa sedar risiko yang perlu dihadapinya sebagai seorang selebriti.
"Mahu atau tidak, itu adalah risiko yang harus saya hadapi sebagai individu yang dikenali ramai," katanya.
Terdahulu, pada Februari 2021, khabar angin mengenai hubungan sulit Nissa dan Ayus mulai tersebar selepas ada warga maya yang mengaku sebagai sepupu Ririe mendedahkan perkara berkenaan.
Isu semakin hangat apabila adik kandung Ayus turut mengakui sudah dua tahun mengetahui kecurangan abangnya bersama Nissa.
Bagaimanapun, tidak ada sebarang penjelasan sama ada dari pihak Nissa mahupun Ayus. -CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|