CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 548|Reply: 0

Sidney Poitier meninggal dunia

[Copy link]
Post time 9-1-2022 01:08 PM | Show all posts |Read mode

Sidney Poitier meninggal dunia.

Los Angeles: Pelakon legenda Hollywood, Sidney Poitier meninggal dunia pada usia 94 tahun, semalam.

Pemergian Poitier yang juga pelakon kulit hitam pertama memenangi Oscar pada 1963 diumumkan Menteri Luar Bahamas, Fred Mitchell, pagi semalam.

Kematian Poitier disahkan agensi berita, NBC News yang memetik sumber rapat dengan keluarga mendiang. Namun, punca kematiannya tidak didedahkan.

Pada 1967, Poitier mencipta legasi dalam dunia perfileman Hollywood menerusi tiga filem iaitu Guess Who's Coming To Dinner, In The Heat Of The Night dan To Sir With Love ketika Amerika Syarikat masih berdepan isu diskriminasi kaum.

Poitier menang trofi Pelakon Lelaki Terbaik pada Acedemy Awards menerusi filem Lilies Of The Field pada 1963.

Dalam filem itu, dia berlakon sebagai tukang yang membantu seorang rahib membina gereja di kawasan gurun.

Lima tahun sebelum itu, Poitier menjadi pelakon kulit hitam pertama dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada anugerah berprestij itu melalui lakonannya dalam filem The Defiant Ones.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.083859 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list