CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 563|Reply: 0

[Perlis] Masjid TSFPJ binaan ala Rusia gamit pengunjung

[Copy link]
Post time 1-1-2022 12:59 PM | Show all posts |Read mode

MASJID Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Batu 5, Kayang, Jalan Kuala Perlis-Changlun ternyata menggamit pengunjung. FOTO Aizat Sharif

Kangar: Pengguna jalan raya yang sering melalui Jalan Kuala Perlis-Changlun dekat sini, sama ada mahu ke atau pulang dari Kuala Perlis pasti tidak akan terlepas pandang sebuah masjid yang mempesonakan rekaan kubah masjidnya di kawasan Batu 5, Kayang di Kuala Perlis, di sini.

Ada menggelarnya masjid ini sebagai 'Masjid Rusia' sebagai mengambil inspirasi bentuk bangunan atau menara yang terdapat di Red Square, Moscow, Rusia dan tidak kurang juga yang menggelarkannya sebagai 'Masjid Aladin' disebabkan bentuk masjid serta kubahnya persis seperti buku kisah dongeng rakyat Timur Tengah, '1001 Malam'.

Namun begitu, Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (TSFPJ) yang dianggap sebagai kawasan Rehat dan Rawat (R&R) terutama kepada pengunjung yang mahu bersolat atau membersihkan diri sebelum pulang ke destinasi masing-masing selepas bercuti sama ada di Pulau Langkawi atau Perlis.

Pengerusi Masjid TSFPJ Kamardin Talib berkata, masjid berkenaan dibina di kawasan seluas 0.864 hektar yang diwakafkan oleh seorang jemaah dari kariah berkenaan serta pembelian tanah tambahan oleh jawatankuasa masjid terbabit.

"Kerja pembinaan masjid ini bermula pada 8 Mei 2018 dan ia ditanggung oleh kerajaan pusat dan ia menggantikan Masjid al-Munir, Batu 5, Kuala Perlis yang terletak di bertentangan masjid ini kerana tidak sesuai serta tidak mampu untuk menampung jemaah kariah dari lapan buah kampung di kawasan ini.

"Rekaan masjid dan kubahnya juga diinspirasikan sendiri oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan jika dilihat sendiri pada kubahnya memanglah ramai mengatakan ia umpama 'Masjid Rusia'.

"Ia sudah menjadi lambang atau 'trademark' kepada penduduk di sini apabila bercakap mengenai masjid ini pasti akan menyebut mengenai 'Masjid Rusia' atau 'Masjid Aladin' sebagai rujukan kepada masjid ini," katanya ketika ditemui hari ini.

Menurutnya, pembinaan masjid itu sepatutnya berlangsung selama dua tahun namun atas masalah kontraktor serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) daripada kerajaan, ia tertunda sehinggalah ia dapat disiapkan pada Februari tahun ini.

"Secara amnya, walaupun bangunan masjid ini sudah pun siap untuk digunakan namun perkarangan masjid ini iaitu kawasan parkirnya masih lagi berbatu dan belum lagi diratakan menggunakan tar.

"Bagaimanapun, masjid ini sudah mendapat mendapat perkenan daripada Raja Muda Perlis yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk digunakan anak kariah bermula pada solat Subuh, 12 November lalu.

"Sebelum ini, kami adalah anggota jawatankuasa Masjid al-Munir dan kemudiannya diberi kebenaran oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) untuk mengambil alih pengurusan masjid ini dan sejak ia beroperasi, ruang solat di masjid ini mampu memuatkan antara 800 hingga 1,000 jemaah.

"Selain jemaah kariah di sini ramai pengunjung dari dalam dan luar Perlis juga akan berhenti di masjid ini untuk melaksanakan ibadah solat termasuklah membersihkan diri kerana masjid ini juga mempunyai kemudahan bilik mandi serta bilik pengurusan jenazah," katanya.

Kamardin berkata, buat masa ini struktur dan kemudahan masjid ini masih berada dalam perhatian Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis dan pihaknya tidak dibenarkan untuk melakukan apa jua penambahan struktur pada masjid berkenaan untuk tempoh enam bulan dan jawatankuasa masjid hanya bertanggungjawab terhadap pengisian ibadah serta program pengimarahan masjid sahaja.

Selain itu, selaras dengan pengimarahan masjid itu juga, pihaknya turut menyediakan pasukan pengurusan jenazah dengan pasukan daripada masjid ini akan membantu menguruskan jenazah walaupun kematian itu berlaku di luar kariah masjid terbabit.

"Kita menyediakan keistimewaan ini bagi pengurusan jenazah lelaki dan wanita dan ia membabitkan penyediaan dari segi kain kafan, keranda serta van jenazah," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 1.008337 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list