CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 676|Reply: 0

[Pulau Pinang] Masjid Jamek Batu Uban cecah 300 tahun kekal kukuh

[Copy link]
Post time 30-12-2021 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Masjid Jamek Batu Uban cecah 300 tahun kekal kukuh
| | 30 Disember 2021


Masjid Jamek Batu Uban. - Foto internet


GEORGETOWN - Usianya hampir mencecah 300 tahun, namun Masjid Jamek Batu Uban di Kampung Batu Uban, Gelugor, di sini kekal teguh hingga ke hari ini malah terus dikunjungi penduduk setempat untuk beribadat selain menjadi tarikan pelancong berikutan beberapa keunikan yang dimiliki.


Masjid yang terletak berhampiran laut itu, diasaskan Haji Mohammed Saleh atau dikenali sebagai Maharaja Nan Intan Ibnu Al-Marhum Tunku Patih Nan Sebatang dari Pagar Ruyong, Sumatera, pada 1734 iaitu 52 tahun sebelum Francis Light menjejakkan kaki ke Pulau Pinang yang pada masa itu dikenali sebagai Pulau Kesatu.


Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid, Sheikh Abdul Azizi Sheikh Mohamad, 69, berkata, antara keunikan tersebut ialah struktur dan reka bentuk asal masjid yang masih utuh dan terpelihara terutama di bahagian ruang solat utama yang mempunyai empat tiang seri daripada kayu cendana, ruang mimbar serta puncak kubah.


“Beberapa perubahan pernah dibuat seperti tambahan ruang solat bagi menampung keperluan jemaah dan meningkatkan keselesaan, selain dijadikan ruang majlis berbuka puasa ataupun kenduri-kendara, tanpa menjejaskan binaan asal masjid,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.


Menurutnya pada 2006, Jabatan Warisan Negeri juga telah menukar struktur bumbung dengan memasang alang yang tidak ada sebelum ini, atas tujuan keselamatan.


Sheikh Abdul Azizi berkata, satu lagi keunikan masjid ini ialah telaga berusia ratusan tahun yang airnya tidak pernah kering meskipun pada musim kemarau.


“Mengikut sejarah awal, semasa mula sampai ke sini Haji Mohammed Saleh telah menemui dua mata air tidak jauh dari pantai, lalu beliau membuka kawasan ini sebagai tempat ibadat dan penempatan. Walaupun jarak mata air itu tidak jauh dari pantai, ia tidak bercampur dengan air laut dan rasa airnya tetap tawar,” katanya.


Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati struktur tiang dan dinding batu terutama di bahagian belakang masjid banyak mengalami hakisan atas faktor usianya yang sudah ratusan tahun.


Menurut Sheikh Abdul Azizi memang tidak dapat dinafikan proses hakisan telah menampakkan kesannya, namun beliau yakin Masjid Jamek Batu Uban masih mampu tegak berdiri dalam tempoh 10 tahun lagi.


"Bukan tidak mahu masjid dibaik pulih sepenuhnya, tapi kena ingat juga jika dilaksanakan sudah pasti masjid tidak boleh digunakan dan menyulitkan masyarakat setempat.


“Kerja-kerja pemuliharaan pula perlu dikendalikan kontraktor yang benar-benar berkelayakan, jika tidak struktur masjid akan terjejas," katanya. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... 0-tahun-kekal-kukuh
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.909028 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list