|
NURIDIANA mencari bapa kandungnya untuk urusan pernikahan. FOTO ihsan Nuridiana Chanchai Chonlakhet
Alor Setar: Remaja perempuan mencari bapa kandungnya untuk menjadi wali bagi melangsungkan pernikahannya bulan ini.
Nuridiana Chanchai Chonlakhet, 18, berkata, dia tidak pernah bertemu dengan bapa kandungnya, Chanchai Chonlakhet yang juga warga Thailand sejak lapan tahun lalu.
Katanya, bapanya gagal dikesan selepas ibunya, Noraishah Daud meninggal dunia akibat jantung berlubang ketika dia berusia 11 tahun.
"Sejak itu saya tinggal dengan nenek dan kakak. Namun sekarang saya ingin mencari bapa saya bagi memudahkan proses pernikahan saya.
"Alamat terakhir ayah saya tinggal di Nombor 72 Kampung Peremba, Tongkang Yard dan saya berharap ayah saya dapat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah pada 21 Disember ini jam 2 petang untuk urusan wali pernikahan saya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Nuridiana berkata, setakat ini dia sudah tiga kali membuat permohonan untuk pernikahannya namun ketiadaan bapanya menyukarkan proses pernikahan dilakukan.
Katanya, dia tidak menyimpan gambar bapa kandungnya dan hanya berharap bapanya masih mengenalinya selain berharap dia ingat berdasarkan alamat tempat tinggal terakhir mereka sebelum ini.
"Sesiapa yang mengenali ayah saya boleh menghubungi saya di talian 0111-2496780 atau 011-29986978," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|