View: 2413|Reply: 2
|
Ya ke???Isteri ada hak dapat rumah jika suami meninggal?
[Copy link]
|
|
Tangkap layar sesi siaran langsung perkongsian Khairul Fahmi mengenai harta sepencarian yang boleh dituntut oleh isteri.
Isteri ada hak dapat rumah jika suami meninggal
PETALING JAYA – Peritnya apabila diuji dengan suatu kehilangan terutamanya apabila menerima berita kematian membabitkan insan yang rapat dengan diri kita, lebih-lebih lagi melibatkan tonggak keluarga seperti suami yang telah berjanji untuk sehidup semati.
Selain itu, wanita yang kehilangan suami perlu tahu hukum-hakam tentang faraid agar dapat menuntut hak sebagai seorang isteri pada harta yang ditinggalkan suami atau bekas suami.
Peguam Syarie, Khairul Fahmi Ramli berkata, jika pasangan itu membeli rumah dalam tempoh perkahwinan sama ada dibeli oleh suami atau isteri, ia boleh dianggap sebagai harta sepencarian.
“Apabila suami beli rumah tersebut semasa tempoh perkahwinan dan suami meninggal, rumah itu dikategorikan sebagai harta pencarian dan isteri boleh membuat tuntutan berdasarkan tiga keadaan.
“Antara tiga keadaan yang membolehkan isteri menuntut rumah sebagai harta sepencarian adalah bila suaminya cerai hidup, suami disahkan berpoligami dan suami meninggal dunia (balu),” katanya dalam satu sesi siaran langsung di laman Facebook miliknya.
Tambah Khairul, jika isteri diceraikan dan berlaku kematian suami dalam tempoh iddah, wanita itu boleh membuat tuntutan terhadap harta sepencarian dan harta pusaka suami.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan, jika rumah dibeli oleh suami sebelum tempoh perkahwinan, ia tidak dikira sebagai harta sepencarian.
“Sekiranya setelah berkahwin, isteri mengeluarkan duit sendiri dalam membantu membesarkan atau mengubah suai struktur rumah, ia boleh dikategorikan sebagai harta sepencarian dan isteri ada hak membuat tuntutan,” katanya. – K! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/12 ... ka-suami-meninggal/
|
|
|
|
|
|
|
|
ya, itu harta sepencarian.
lain la kalau dia tak kuar duit nak renovate rumah or masa booking, bayar separuh2 ke..
tapi duit si mati jangan la diusik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Isteri Berhak Tuntut Harta Sepencarian Selepas Kematian Suami
Semua harta yang dimiliki oleh suami semasa hayatnya boleh dituntut oleh isteri sebagai harta sepencarian selepas kematian suami, sama ada harta alih atau harta tak alih seperti rumah kediaman, bangunan komersil, tanah, wang pampasan tanah, kenderaan, barang kemas, peralatan dan perkakasan rumah serta wang dalam akaun simpanan.
Bagaimanapun, Mahkamah Syariah dan Jawatankuasa Fatwa Negeri menetapkan harta pusaka tidak boleh dituntut oleh isteri sebagai harta sepencarian, tetapi boleh mewarisinya melalui kaedah faraid. Antaranya ialah simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, wang pampasan takaful dan saham syarikat serta faedahnya manakala wang pencen dan wang gratuity yang tidak dianggap sebagai harta pusaka, ia menjadi hak mutlak isteri. |
|
|
|
|
|
|
| |
|