CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 713|Reply: 0

[Terengganu] JPS pasang 21 stesen siren amaran awal banjir di Terengganu

[Copy link]
Post time 8-12-2021 03:35 PM | Show all posts |Read mode

Timbalan Pengarah Pembangunan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu Osman Abdullah (kanan) menunjukkan lokasi stesen siren amaran awal banjir semasa melakukan lawatan ke stesen pemantauan banjir bagi menghadapi fenomena Monsun Timur Laut di Kampung Pengkalan Ajal, Hulu Teregganu hari ini. - Foto Bernama

KUALA BERANG - Sebanyak 21 stesen siren amaran awal banjir telah dipasang di seluruh negeri bagi memastikan penduduk sentiasa lebih bersiap siaga menghadapi banjir tahun ini.

Timbalan Pengarah Pembangunan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Osman Abdullah berkata, sebanyak enam stesen siren amaran awal banjir tersebut dipasang di Setiu; lima stesen di Hulu Terengganu; empat stesen di Kemaman; tiga stesen di Besut; dan masing-masing satu stesen di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang.

“Stesen siren amaran awal banjir ini diletakkan di kawasan sungai yang berdekatan dengan perumahan. Ia mempunyai dua keadaan bunyi iaitu bunyi pertama adalah amaran apabila paras air sungai telah melimpahi kawasan tebing, manakala bunyi kedua menggambarkan keadaan bahaya dan meminta penduduk bersedia dipindahkan.

“Kedua-dua bunyi itu dapat didengari dalam radius sekitar satu kilometer dari lokasi pemasangan stesen siren amaran awal banjir tersebut,” katanya kepada pemberita selepas taklimat mengenai persiapan JPS Terengganu dalam menghadapi banjir Monsun Timur Laut 2021/2022 di Kampung Pengkalan Ajal di sini pada Rabu.

Menurutnya, penambahan stesen siren amaran awal banjir tersebut akan ditambah dari masa ke semasa bagi memastikan penduduk terutama di kawasan sungai, sentiasa bersedia menghadapi peningkatan mendadak paras air banjir.

Dalam pada itu Osman berkata, persiapan menghadapi banjir pada tahun ini dipertingkatkan lagi dengan penambahan 34 stesen ramalan dan amaran banjir di bawah Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) Fasa Satu di lembangan Sungai Terengganu merangkumi Sungai Telemong, Sungai Berangan dan Sungai Nerus.

“Di samping itu, projek PRAB Fasa Dua dengan 66 stesen di seluruh Terengganu sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada November 2022. Dengan terlaksananya kedua-dua PRAB Fasa Satu dan Fasa Dua ditambah dengan stesen sedia ada, Terengganu akan mempunyai 159 stesen pemantauan banjir.

“Objektif PRAB adalah meramalkan kejadian banjir tujuh hari lebih awal dan meningkatkan keupayaan amaran dan hebahan dua hari lebih awal kepada agensi seperti Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara) dan APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia),” katanya.

Oleh itu jelasnya, pemindahan penduduk boleh dilakukan lebih awal dan sistematik, dapat mengurangkan risiko kerosakan harta benda serta boleh menyelamatkan nyawa penduduk.

Beliau berkata, JPS Terengganu juga telah selesai melaksanakan penyelenggaraan sungai dan alur serta parit di seluruh negeri sepanjang tahun ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM6.6 juta daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air serta Kerajaan Negeri Terengganu.

Katanya, kerja-kerja penyelenggaraan tersebut dibuat sebagai inisiatif mengurangkan risiko banjir yang sering melanda negeri ini terutama pada hujung tahun. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... anjir-di-Terengganu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.043814 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list