CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1539|Reply: 0

Sebelum Jadi Pelakon, 5 Artis Bollywood Ini Pernah Kerja Macam Orang Biasa Juga!

[Copy link]
Post time 30-10-2021 10:34 PM | Show all posts |Read mode
Sebelum Jadi Pelakon, 5 Artis Bollywood Ini Pernah Kerja Macam Orang Biasa Juga!


Tahu tak kebanyakan selebriti popular bollywood bukan semuanya pada asalnya mulakan kerjaya sebagai pelakon, ramai dari mereka pernah berkerja seperti orang biasa juga.

Nak tahu siapakah selebriti bollywood yang dimaksudkan, jom lihat di bawah!

#1 Shah Rukh Khan – Staf Konsert & Pengiring Tetamu
Siapa sangka aktor veteran ini dulunya pernah menjadi staf konsert diawal usianya, bukan itu saja Shah Rukh Khan juga menjadi pengiring tetamu yang ingin mengunjungi Taj Mahal.


#2 Amitabh Bachchan – Staf Kurier & Pengurus Eksekutif

Pelakon dan pengarah filem legenda dunia bollywood ini juga rupanya pernah menjadi staf kurier bagi syarikat Bird & Co semasa zaman muda dahulu, dan pernah dinaikkan pangkat hingga ke jawatan pengurus eksekutif.


#3 Akshay Kumar – Tukang Masak & Pelayan Hotel

Aktor kacak ini bukan saja memiliki bakat dalam bidang lakonan tetapi juga dalam bidang masakan, ini kerana semasa zaman mudanya aktor ini pernah bekerja sebagai tukang masak dan juga pelayan di sebuah hotel di Bangkok.



#4 Jacqueline Fernandez – Wartawan
Aktres jelita ini juga pernah bekerja sebagai wartawan televisyen di Sri Lanka sebelum meletakkan jawatan dan terjun ke dalam bidang hiburan.



#5 Parineeti Chopra – Jurubank & Pegawai Pemasaran Dan Komunikasi
Wanita ayu ini juga pada awalnya bukanlah seorang pelakon, semasa melanjutkan pengajian dalam bidang perniagaan kewangan dan ekonomi Parineeti pernah bekerja sebagai jurubank di London.

Kemudian setelah kembali ke India, Parineeti bekerja sebagai pegawai pemasaran dan komunikasi di syarikat produksi Yash Raj Film sebelum mendapat tawaran menjadi pelakon.


Tak sangka kan mereka pernah bekerja dalam bidang seperti ini sebelum bergelar sebagai pelakon.

Sumber:https://murai.my/2021/120976/seb ... m-orang-biasa-juga/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.038392 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list