View: 2025|Reply: 5
|
Sesi fotografi ala kematian Marilyn Monroe buatkan Madonna dikecam teruk
[Copy link]
|
|
Sesi fotografi ala kematian Marilyn Monroe buatkan Madonna dikecam teruk
GAMBAR Madonna menerusi sesi fotografi kontroversi itu.
Los Angeles: Ratu pop dunia, Madonna, 63, dikecam selepas tampil dengan gambar yang diinspirasi dari imej kematian bintang legenda, Marilyn Monroe.
Menerusi sesi fotografi untuk majalah V itu, penyanyi berkenaan berbaring atas tilam dalam keadaan hampir bogel. Turut kelihatan adalah beberapa botol pil.
Ia sekali gus menimbulkan kemarahan ramai yang mengutuk konsep itu. Ada yang menyifatkannya sebagai jijik dan tidak sensitif.
Ini kerana dia seolah-olah cuba mempopularkan isu bunuh diri selain meniru semula kejadian malang menimpa mendiang Monroe itu.
Tidak ketinggalan, ramai turut menyelar cita rasa jurugambar yang tampil dengan konsep itu. Mempamerkan latar belakang lokasi kematian dilihat sangat tidak wajar.
Bagaimanapun, jurugambarnya Steven Klien menjelaskan konsep itu diinspirasikan daripada siri The Last Sitting.
Monroe ditemui meninggal dunia di rumahnya di Brentwood, California pada 1962.
Menurut laporan, dia mengambil dadah berlebihan pada malam sebelum dia ditemui tidak bernyawa.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... donna-dikecam-teruk
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rata2 kat ig komen sheols ramai yg tak cam muka acik madona ni. Pakai filter gila2, ada satu pic tu ingtkan megan fox. Dahi licin, kulit tegang oh pleaseee. Tp tak nafikan sheols mengancam walaupun umur dh lanjut huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Muka dia very the x nampak real dah. Apa dia cucuk tah. |
|
|
|
|
|
|
|
try hard to be relevant.......................... |
|
|
|
|
|
|
|
dengan pantas iol google pic dia lepas baca komen kat atas.. almost unrecognizable.. lain betol muka |
|
|
|
|
|
|
| |
|