CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2335|Reply: 15

Fakta Menarik Dan Foto Transformasi Bae Suzy, Dia Sememangnya Cantik Dari Kecil!

[Copy link]
Post time 23-10-2021 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Fakta Menarik Dan Foto Transformasi Bae Suzy, Dia Sememangnya Cantik Dari Kecil!


Bagi pencinta drama Korea pasti sahaja amat mengenali selebriti yang bernama Bae Suzy. Satu nama yang sudah tidak asing lagi dengan pakej wajah yang cantik dengan bakat yang hebat. Suzy memulakan kerjayanya bersama kumpulan Miss A dibawah naungan JYP Entertainment namun kumpulan tersebut telah menamatkan kontrak mereka pada tahun 2017. Kini, Suzy berada di bawah Pengurusan SOOP dan fokus sebagai seorang pelakon.

Kali ini, kami di Murai.My ingin berkongsi dengan pembaca beberapa foto transformasi dan fakta menarik tentang Bae Suzy dari dulu hingga sekarang buat tatapan para peminatnya. Jom kita tengok!

1. Masa Kecil



Suzy atau nama sebenarnya Bae Su Ji dilahirkan pada 10 Oktober 1994 dan dibesarkan di Gwangju, Korea Selatan. Anak kepada pasangan Bae Wan Young dan Jeong Hyun Sook ini merupakan anak kedua dari tiga orang adik beradik. Dia mempunyai seorang kakak yang bernama Su-Bin dan seorang adik lelaki, Sang Moon . Ayahnya adalah pelatih taekwondo dan ibunya menguruskan perniagaan makanan segera.

Foto ini menunjukkan Suzy dengan rambutnya yang ditocang dua semasa bermain di sungai. Dia tetap kelihatan comel!

2. Masa Zaman Kanak-Kanak



Beranjak ke zaman kanak-kanaknya, Suzy kelihatan cantik dengan gaun berwarna merah jambu. Dia yang menunjukkan gaya dengan meletakkan tangannya di belakang kepala sambil tersenyum malu.

Suzy sebenarnya dilahirkan dalam keluarga yang kurang berkemampuan. Bahkan, dikatakan juga rumah yang diduduki mereka sekeluarga sebenarnya sangat sempit dan tidak sesuai untuk tinggal berlima. Kerana inilah, Suzy nekad untuk bekerja lebih keras bagi mengubah nasib keluarganya dan kini dia sudah berjaya membuktikannya!

3. Zaman Sekolah



Memang tidak boleh disangkal lagi, kecantikan gadis ini telah terpancar sejak diwaktu sekolah lagi. Wajahnya kelihatan tidak banyak berbeza daripada sekarang bukan? Dengan pakaian seragam sekolah dan bunga, Suzy menunjukkan gaya yang cantik untuk album sekolahnya. Dia juga adalah pelajar lulusan Sekolah Seni Tinggi Persembahan Seoul (SOPA).

4. Menjadi Pelatih Di JYP Entertainment (2009)



Pada Jun 2009, Bae Suzy telah mengikuti ujibakat untuk Superstar K dan berjaya melepasi pusingan awal namun akhirnya dia gagal dalam pusingan pra-penyingkiran.

Dalam masa yang sama, JYP Entertainment juga tertarik kepadanya dan mengundang Suzy untuk mengikuti ujibakat dan bergabung dengan agensi terbesar di Korea Selatan untuk menjadi pelatih di JYP Entertainment. Sebelum memulakan kerjaya dengan Miss A, Suzy sempat menjadi pelatih selama 10 bulan.  And the rest, as they say, is history!

5. Anggota Kumpulan Miss A



Pada tahun 2010, JYP Entertainment telah menubuhkan MIss A dengan 4 ahli kumpulan iaitu Fei, Jia, Min dan Suzy. Single pertama kumpulan ini ‘Good Girl, Bad Girl’ telah berjaya mencuri hati peminat.  Dalam kumpulan tersebut, Suzy adalah sebagai vokalis dan juga rapper. Kumpulan ini juga telah mengeluarkan dua album yang berjudul ‘A Class’ (2011) dan ‘Hush’ (2013).

Setelah dua anggotanya iaitu Jia dan Min meninggalkan Miss A, JYP Entertainment  akhirnya memutuskan untuk membubarkan Miss A secara rasmi pada Disember 2017 dan single terakhir kumpulan ini ialah ‘Only You’ yang dikeluarkan pada tahun 2015.

Setelah Miss A dibubarkan, Suzy memulakan kariernya sebagai artis solo.



6. Artis Serba Boleh



Bukan sahaja menyanyi, malahan Bae Suzy juga pernah menjadi pengacara di dalam beberapa rancangan muzik antaranya Anugerah Muzik Seoul ke-21, Anugerah Golden Disk Ke-26 dan Anugerah Mnet 20’s Choice dimana dia sendiri telah memenangi anugerah untuk kategori ‘Bintang Baru Terhangat 2011’.

Selain itu, Suzy juga telah menceburkan diri dalam bidang lakonan. Penampilan pertamanya sebagai Go Hye Mi dalam drama ‘Dream High’. Suzi  telah mengeluarkan sebuah lagu runut bunyi untuk drama ‘Winter Child’. Drama ini telah mendapat rating tontonan yang tinggi dan mencapai populariti di banyak negara lain. Dia juga telah banyak memenangi banyak anugerah dalam setiap penglibatannya dalam industri hiburan. Antara anugerah yang telah dimenanginya adalah ‘Pelakon Baru Wanita Terbaik’, ‘Pelakon Wanita Cemerlang’, dan banyak lagi. Hebat bukan?



Jenama terkenal seperti Lancome, Dior dan Guess juga pernah memilih Suzy sebagai bintang dan duta bagi produk jenama tersebut. Get that coin, girl!




7. Selamat Hari Lahir Suzy!


Bae Suzy baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27 pada 10 Oktober yang lalu. Hari Kelahirannya jatuh pada hari yang sama dengan Hari Kesihatan Jiwa Sedunia.

Apa-apapun, masih belum terlambat rasanya untuk kami ucapkan Selamat Hari Lahir buat Suzy. Semoga kariernya terus sukses.

Sumber:https://murai.my/2021/128529/fak ... -cantik-dari-kecil/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2021 04:01 PM | Show all posts
tajuk panjang sangat ...

tajuk bagi kreatif sikit ..

so.. senang nak tarik pembaca
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2021 07:36 PM | Show all posts
pakej terbaik..x gituu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2021 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mata i nampak she biasa sgt. X sesuai pegang lead heroin. Plus gigi cm jongang skit
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 23-10-2021 10:57 PM
Mata i nampak she biasa sgt. X sesuai pegang lead heroin. Plus gigi cm jongang skit

kalau dia senyum lagi nampak mcm jongang

kalau tak senyum nampak normal lah juga
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 08:29 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 23-10-2021 06:01 PM
tajuk panjang sangat ...

tajuk bagi kreatif sikit ..

kaka pun gigih scroll demi melihat tajuk tp rasanya momod nay lg lawa..hihi..tacang extra plish..lols
#donebodekbodek..hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2021 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 24-10-2021 08:29 AM
kaka pun gigih scroll demi melihat tajuk tp rasanya momod nay lg lawa..hihi..tacang extra plish..l ...

kaka jangan meratib kecantikan iols
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 24-10-2021 08:29 AM
kaka pun gigih scroll demi melihat tajuk tp rasanya momod nay lg lawa..hihi..tacang extra plish..l ...

mmg mood terus berbunga²
bila kena puji... okay² bg ,+1 cukup lah kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2021 09:25 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 24-10-2021 11:10 AM
mmg mood terus berbunga²
bila kena puji... okay² bg ,+1 cukup lah kan

hahahahaa saja bikin propa kan kaka ni...biasala..usik2 di pagi ahad yang indah...kuang kuang..macih mod cantik.leven satu tacangesok sila bg lagi.kah!
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 24-10-2021 09:25 AM
hahahahaa saja bikin propa kan kaka ni...biasala..usik2 di pagi ahad yang indah...kuang kuang..mac ...

haha
sehari dapat +1 yer
biasalah mood kena bg cantik di hari ahad ini
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha replied at 24-10-2021 06:05 AM
kalau dia senyum lagi nampak mcm jongang

kalau tak senyum nampak normal lah juga

Dlm gmbar mcm cantik, bila video biasa2 jah. Dgn bdn sekeping. Apa yg hype sgt xtau la si suzy ni. Cute pon x
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
As ngefans Miss A, memang sheol ala2 Hyuna dalam group tu, sebab tu kot yang lain cam JYP kurang bagi kasih sayang, lebihkan sheol jahh
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2021 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 24-10-2021 12:38 PM
Dlm gmbar mcm cantik, bila video biasa2 jah. Dgn bdn sekeping. Apa yg hype sgt xtau la si suzy ni. ...

badan sekeping rasanya semua idol Kpop macam tu kan ..  
kecuali Lisa jer ada chubby² sikit
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 11:00 AM | Show all posts
Gigi rabbit tu yg buat jadi dia comel
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 12:10 PM | Show all posts
mata aku tgk dia ni biasa2 je. kdg2 rengsa jugak tgk gigi dia tu.
rasa nak sapu gam gajah biar mulut tertutup tak nampak gigi jongang tu.
tp tak dinafikan kulit dia mmg mulus
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2021 04:28 PM | Show all posts
anony-mous replied at 23-10-2021 10:57 PM
Mata i nampak she biasa sgt. X sesuai pegang lead heroin. Plus gigi cm jongang skit

aah yg aku perasan, korean ni mcm okay je kalau actress dia jongang

tapi kena make sure yg jongang tu muka elok mcm suzy la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.049612 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list