CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1548|Reply: 2

[BOLLYWOOD] 6 Nama Panggilan Selebriti Bollywood Ini Sangat Unik

[Copy link]
Post time 23-10-2021 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by NaylaArisha at 23-10-2021 10:57 AM

6 Nama Panggilan Selebriti Bollywood Ini Sangat Unik


Kebanyakan kita pasti memiliki nama samaran atau nama panggilan yang digunakan dalam keluarga terdekat dan kawan-kawan. Ada juga yang menggunakan nama panggilan bagi menggantikan nama sebenar untuk acara-acara tertentu. Kadang-kadang, nama panggilan yang diberikan langsung tidak berkait dengan nama sebenar. Jadi, tidak hairanlah kalau nama panggilan kita terdengar sangat unik dan kadang-kadang agak menghiburkan.

Tidak hanya unik, malahan beberapa nama yang diberikan juga tidak bermaksud apa-apa. Ianya diberikan mungkin kerana sifat keperibadian seseorang, fizikal atau singkatan dari nama sebenar. Boleh dikatakan, setiap orang pasti ada nama gelaran, begitu jugalah dengan beberapa selebriti Bollywood yang akan kami kongsikan ini. Nak tahu siapakah mereka? Jom kita tengok!

1. Kareena Kapoor


Pelakon yang berusia 40 tahun ini selalu tampil cantik dan memukau. Tetapi siapa sangka, semasa di rumah, Kareena Kapoor mendapat gelaran Bebo dari ayahnya. Sahabat baiknya juga memanggil Kareena dengan nama ini.

Nama ini diberikan kerana pelakon ini dan kakaknya, Karisma Kapoor telah menumpahkan kacang yang diminta oleh ibu dan ayahnya, disebabkan itu ayah mereka menggelarkan mereka Lolo dan Bebo. Sehingga kini, keluarga dan sahabat terdekatnya masih memanggilnya dengan nama Bebo.

2. Priyanka Chopra



Dalam kehidupan sehari-hari, Priyanka tidak menggunakan nama sebenarnya. Dia juga mempunyai tiga nama panggilan iaitu PeeCee, Mimi dan Piggy Chops.

Panggilan PeeCee disebut untuk mempermudahkan Priyanka menyebut namanya sendiri iaitu nama singkatan dari Priyanka Chopra, di mana masing-masing diawali dengan sebutan huruf P dan C.

Piggy Chops adalah nama panggilan yang digelar oleh rakan-rakannya, namun di rumah dia digelar Mithoo kerana semasa kecil dia kerap meniru aksi orang lain, selain itu dia juga dipanggil Mimi yang diambil dari nama seorang diva dari Perancis iaitu Mimi Rogers.

3. Alia Bhatt



Walaupun namanya cukup pendek dan senang disapa namun Alia Bhatt tetap memiliki nama gelaran lain iaitu Aloo. Ini kerana semasa kecil, Alia adalah seorang anak yang gemuk dengan pipi yang montel dalam keluarganya. Disebabkan itu, keluarganya sering memanggilnya dengan nama Aloo sambil menyatakan cinta mereka kepadanya.

4. Aishwarya Rai



Ash adalah nama panggilannya seharian namun sewaktu kecilnya, dia sering dipanggil Gullu oleh keluarganya kerana dia merupakan anak yang sangat comel dan bermaksud ‘sayang’.

5. Sonam Kapoor


Sonam Kapoor mendedahkan bahawa ayahnya, Anil Kapoor menggelarkan dirinya Giraffe kerana dia sememangnya sangat tinggi sejak kecil lagi. Sonam memiliki ketinggian 175 meter dan merupakan ahli yang paling tinggi dalam keluarganya.

Namun, Sonam tidak pernah malu dengan nama panggilan itu kerana padanya ia sangat comel dan normal.

6. Hrithik Roshan


Hrithik Roshan mempunyai nama panggilan yang diberikan oleh ayahnya iaitu Duggu. Nama panggilan itu diberikan oleh orang tuanya sejak dia kecil lagi dan masih digunakan hingga ke saat ini. Apa yang lebih unik lagi, nama panggilan itu adalah nama turun temurun kerana ayahnya juga dulu dipanggil Guddu, kemudian terbalik kepada sang anak dengan nama Duggu. Unik bukan?

Itulah antara 6 nama panggilan selebriti Bollywood yang dapat kami kongsikan bersama pembaca. Penulis pun ada nama panggilan yang unik dan comel tau. Apa pula nama panggilan anda?

Sumber:https://murai.my/2021/128936/6-n ... od-ini-sangat-unik/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2021 10:59 AM | Show all posts
dulu2 minat karisma kapoor

adik dia tak minat sangat
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Duggu takpe jangan Dungu

Iol love kritik roshan eh Hrithik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.050219 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list