CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4340|Reply: 10

insurans motor RM20 tahun depan!!!

[Copy link]
Post time 14-11-2009 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Insurans motor RM20 tahun depan
Oleh Faiza Zainudin


Skim mampu milik bantu rakyat dapat perlindungan sehingga RM20,000

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyediakan satu skim perlindungan insurans mampu milik dengan bayaran serendah RM20 bagi membolehkan semua rakyat termasuk golongan berpendapatan rendah khususnya di luar bandar menikmati perlindungan insurans motor.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung, berkata skim itu yang akan dilancarkan pada pertengahan tahun depan, dijangka memberi perlindungan insurans sehingga RM20,000 membabitkan kes kematian atau ketidakupayaan kekal.

Beliau berkata, premium skim perlindungan itu ditetapkan pada kadar berpatutan dan tidak membebankan rakyat serta berpadanan dengan tahap perlindungan.


"Buat masa ini, kerajaan sedang merangka skim itu, berapa bayaran yang akan dikenakan... yang dijangka tidak lebih RM20 dengan menawarkan perlindungan insurans sehingga RM20,000.

"Oleh itu, tidak ada masalah pada masa akan datang untuk rakyat mendapat akses kepada perlindungan insurans berbanding sekarang, ada yang mengadu agak mahal sehingga mereka gagal memperbaharui polisi kenderaan mereka.

"Usaha kerajaan ini untuk pastikan semua pemilik kenderaan mempunyai insurans, pada masa sama, syarikat insurans tidak boleh menolak permohonan orang ramai untuk mendapatkan perlindungan mengikut kemampuan mereka," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keluhan pemilik kenderaan termasuk kereta yang berusia 10 tahun ke atas yang mendakwa skim perlindungan insurans yang ditawarkan syarikat insurans adalah tinggi dan membebankan mereka.

Mengulas lanjut, Chor berkata skim perlindungan insurans baru itu tidak sama dengan skim insurans kelompok yang diwujudkan kerajaan baru-baru ini bagi membantu kenderaan lama berharga bawah RM10,000. mendapat perlindungan insurans.

"Itu (insurans kelompok) beri perlindungan terhadap kereta, ini (skim baru mampu milik) untuk peribadi (pemilik kenderaan).

"Skim ini memberi perlindungan insurans asas mandatori bagi kecederaan kepada anggota badan dan kematian pihak ketiga serta membolehkan pihak yang menuntut mendapat pampasan pada kadar segera," katanya.
Mengulas lanjut mekanisme baru subsidi minyak yang dilaksanakan Mei tahun depan, Chor berkata kerajaan mungkin akan mengkaji jenis kenderaan pemilik sebagai asas perkiraan memberi bantuan subsidi.

"Mungkin kita akan tengok jenis kereta yang dipakai, kalau CC tinggi maksudnya mereka orang berkemampuan dan tidak akan diberi subsidi, CC rendah bermaksud golongan kurang berkemampuan dan akan diberi bantuan.

" Pemberian subsidi itu juga akan dikaji sama ada dalam bentuk baucar seperti kupon beras ST15 untuk sesuatu tempoh seperti sebulan. Kami masih sediakan rangka, cara mana untuk laksanakan, lagi pun lambat lagi, tahun depan, tak terdesak sangat...," katanya.

Ditanya jumlah ketirisan subsidi minyak yang ditanggung kerajaan, beliau tidak mempunyai jumlah itu pada masa ini.

Namun jumlah subsidi petrol dan diesel yang ditanggung kerajaan sehingga September 2009 ialah RM3.54 bilion dan dianggarkan jumlah tanggungan subsidi bagi 2010 ialah RM10 bilion sekiranya mekanisme sedia ada dikekalkan.



wokeyyyy ler tu  dopuloh hengget.... hah!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2009 04:53 PM | Show all posts
RM20? thats good enough....kereta plak mcm mana? tak tahan weh bayar insuran ribu ribu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 05:33 PM | Show all posts
itu insuran motor/motokar ke, insuran kemalangan (P.A.) ?
atau dua-dua sekali?

kalo 2000cc tu kira mampu ... pastu kalo mercedes buruk tu, 2000cc gak. tak sampai RM100 pun regenye... cemana kira ye?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 09:22 PM | Show all posts
ni insuran atas pemilik / penunggang... tapi bukan insuran utk motor tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 09:45 PM | Show all posts
Kalau PA tu aku ada byk....

ramai yg akan salah sangka nanti ni......semua org ingat bayar insurans setakat RM20 hengget je.....makin bangkrap arr syarikat isnuran camtu.............
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 09:57 PM | Show all posts
5# medangmru

ye lah.. tak silap aku Tune Money dah ada jual RM10 je kan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2009 04:29 PM | Show all posts
urm..musti ramai yg salah paham ni nanti..silap2 mogok pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 08:15 PM | Show all posts
urm..musti ramai yg salah paham ni nanti..silap2 mogok pulak...
t0m Post at 22-11-2009 04:29 PM


Mogok takmo byr duit insurans....hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2009 01:55 AM | Show all posts
salam... aku xtau nk post kt mana..

sape2 kt sini yg baru renew insurans moto rxz model catalyzer...
kurnia insurans .. 1st party..

just nk tau rm bape...
moto aku ni mmg amik 1st party .(all rider) dah pkai lam 5 tahun.. dan sehari dua lagi nk renew insurans+roadtax...

last skali aku smbung taun lepas rm267 x silap la..
risau gak aku mana tau cecah rm300 kopak aku... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 03:11 PM | Show all posts
Braper nak sum insured muto tu death???
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 08:25 PM | Show all posts
errmmm........ dah smbung mod.. rm288

cover rm4500
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.264626 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list