View: 3096|Reply: 5
|
It's not free - kita semua kena bayar balik nikmat Allah
[Copy link]
|
|
Anda tahu tak bahawa setiap anak Adam diciptakan oleh Allah dengan 360 sendi?
Hal ini disahkan di dalam hadis Sahih Muslim sebagaimana diriwayatkan oleh Saiyidatina Aishah di dalam sabda Rasulullah s.a.w.
Jom kita tengok :
Secara amnya, tubuh badan manusia dibahagikan kepada 5 bahagian :
- kepala dan muka
- leher
- bahagian badan ; dada dan abdomen
- sepasang tangan
- sepasang kaki
Sendi adalah tempat pertemuan antara 2 atau lebih tulang dan ada di antaranya yang boleh digerakkan sepenuhnya manakala ada pula yang terbatas pergerakannya. 206 tulang dalam badan manusia disambungkan oleh beberapa jenis sendi. Terdapat 3 jenis sendi utama dan sendi ini pula tebahagi kepada 10 jenis sendi yang lain.
Pembahagian sendi di dalam tubuh badan manusia :
1. Sendi pada kepala dan muka | = 53 | 2. Sendi di antara kepala dan tulang vertebra atlas | = 5 | 3. Sendi pada tulang rusuk | = 92 | 4. Sendi antara tulang vertebra | = 69 | 5. Sendi tangan dan pergelangan bahu | = 12 | 6. Sendi pergelangan tangan dan ke bawah | = 54 | 7. Sendi pinggul | = 5 | 9. Sendi antara pinggang, peha, lutut, betis dan buku lali | = 10 | 10. Sendi kaki ( buku lali dan ke bawah ) | = 60 | JUMLAH | = 360 |
Jumlah 360 sendi ini adalah nombor purata yang diambil tanpa mengira peringkat umur. Kajian anatomi secara terperinci hanya dibuat kira-kira 200 tahun yang lalu. Bayangkanlah betapa ajaibnya bagaimana seorang insan yang buta huruf seperti Rasulullah s.a.w boleh mengtahui tentang jumlah sendi di dalam tubuh manusia sedangkan tiada terdapat satu pun kolej perubatan yang terdapat di Tanah Arab. Tidak dapat dinafikan lagi bahwa segala apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w adalah benar dan secara terus diinspirasikan oleh Allah sebagai panduan seluruh umat manusia.
Hebat bukan?
Cuba bayangkan sekiranya setiap sendi yang diberikan Allah dikehendaki kita, manusia membayarnya balik. Kalu satu sendi berharga RM1.00, tiap2 hari kita hendaklah sediakan RM360.00 utk bayar kepada Allah. Hisss..... mau habih gaji sebulan macam ni...
Since tubuh badan kita adalah milik Allah, then it's not for free. Setiap sesuatu itu akan ditanya balik oleh Allah. Begitu juga dengan nikmat sendi yang diberikanNya kepada kita.
Ada satu cara untuk membayar nikmat sendi yang Allah berikan dengan cara yang cukup mudah
lakukan SOLAT DHUHA - maka terbayarlah semua hutang nikmat sendi yang dikurniakan Allah kepada kita.
dipetik dari :
ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat &
tulisan oleh Dr. Mohammad Sayied
Hon. Secretary of Islamic Foundation,
Nairobi, Kenya |
|
|
|
|
|
|
|
interesting...
hmm..macam mana tu ? nak relate sendi dgn sunat Dhuha?
ada dalil naqli ? or anything ? |
|
|
|
|
|
|
|
dipetik dari cikgu Sunsuria dlm thread solat sunat sebelum subuh..
Solat duha sebagai roh rezeki
Oleh ZUARIDA MOHYIN
REZEKI melimpah, halal dan berkat adalah dambaan atau keinginan setiap orang, apatah lagi disertakan dengan kedudukan yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.
Namun untuk mencapai kenyataan itu bukanlah mudah. Ini kerana wang yang melimpah dan kedudukan yang tinggi bukanlah sesuatu yang dapat membawa serta menjamin keberkatan hidup yang sejati.
Ini membuktikan rezeki yang melimpah tidak menjamin kehidupan yang berkat. Rezeki yang melimpah juga tidak menjamin hidup yang harmoni, bahagia dan tenang.
Allah berfirman: Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hamba- Nya. (asy-Syura: 27)
Kita sering melihat orang yang diberi rezeki yang melimpah tetapi menggunakan kekayaan mereka bagi mengingkari Allah, membelanjakan pada jalan sesat dan digunakan bagi mencari tempat di neraka. Bukankah itu ke*****an yang nyata?
Sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya memakan rezeki yang baik dan jangan mengikut jejak syaitan. Sesungguhnya, syaitan adalah musuh yang nyata.
Rezeki yang halal dan berkat dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati. Ia juga dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat duha.
Solat Duha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki yang diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.
Hal ini telah dijelaskan dalam banyak hadis Rasulullah SAW. Nabi pernah berwasiat kepada sahabat terdekatnya iaitu Abu Dzar al-Ghifari supaya melaksanakan solat Duha, solat Witir dan puasa tiga hari dalam setiap tengah bulan..
Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur. (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud daripada Abu Hurairah)
Pun begitu, kita perlu menyedari bahawa solat duha dilakukan bukan semata-mata mengharapkan rezeki, ia dapat mendekatkan diri kepada Allah.
Yang pasti, solat duha menambah amal soleh. Malah Allah turut akan mengampunkan dosa-dosa kita, seandainya ia dikerjakan secara istiqamah.
Lantaran itu, kekuatan spiritual yang terdapat dalam solat ini mempengaruhi kepentingan duniawi dan ukhrawi. Secara tidak langsung, ia memenuhi dua aspek iaitu kepentingan bagi kejayaan di dunia dan kebahagiaan
di akhirat kelak.
Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Nabi Muhammad SAW banyak menganjurkan amalan solat duha ini. Bertepatan dengan seruan itu, PTS Millennia Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif menerbitkan buku berjudul Magnet Rezeki dengan Solat Duha yang telah diterjemahkan daripada buku Menyingkap Mukjizat Shalat Dhuha karya Muhammad Mokhtar.
Buku ini memotivasikan kita agar tidak sahaja kaya wang tetapi pada masa sama membina kekayaan jiwa demi kebahagiaan di sana.
Ia juga membongkar rahsia memperoleh rezeki yang melimpah-ruah melalui wahana solat duha. Ia membuka perspektif baru mengenai rezeki dan kekayaan bagi seorang Muslim.
Disokong dengan bukti-bukti yang menjelaskan bahawa melalui solat duha yang istiqamah, sesiapa sahaja mampu memperoleh rezeki yang berganda dan diberkati. |
|
|
|
|
|
|
|
Bismillahiammanabillah  |
|
|
|
|
|
|
|
yg I tau kena mensyukuri nikmat Allah dalam pelbagai bentuk ibadah ye lah
tang yang nak 'KENA BAYAQ BALIK ; ni
betul ke pemahaman? |
|
|
|
|
|
|
|
dunia ini pinjam-pinjaman
jasad, segalanya pada jasad kepala, mata,
hidung, mulut, kaki, etc, etc, etc ...
semua dipinjamkan ...
jika udah meminjam tu, kenalah minta
izin dan berterima kasih kepada Alloh ...
kalau tidak itu mencuri namanya!!!!
pernah ke meminta izin dan berterima kasih
kepada Alloh terhadap jasad dan nyawa
yang dipinjamkan?
Atau selama ini pakai barang free erkk???
dan layaklah dihukum sebagai pencuri
|
|
|
|
|
|
|
| |
|