CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shahrizal2009

kisah² misteri shahrizal [ update :) ]

[Copy link]
 Author| Post time 14-10-2010 08:47 PM | Show all posts
besok malam aku akan otw pergi ke penang, kalau ada apa2 kisah seram aku akan cerita kat sini erk..

sebab besok aku akan bermalam kat rumah sewa abang aku yang sudah ditinggal sekian lama..

dulu sebelum ni abang aku pernah jugak cerita tentang rumah sewa tu ada penunggu sebab tu dia tinggal saja rumah sewa tu...

jadi aku akan bermalam di situ pada besok hari bersama kawan2 aku sekalian..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2011 05:04 PM | Show all posts
shah, x hapdet citer baru kerr???
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 02:01 AM | Show all posts
hai, sudah 1 bulan shah tak lawat forum ni, mulai sekarang shah akan active balik di forum ni..heheh ...
shahrizal2009 Post at 28-9-2009 21:22



   aik...sejak bila toyol punya tapak kaki besar..bukan dia tu mayat budak yg di puja ke...n bukan toyol curi duit ke, bkn curi barang...tak tahu la takot toyol ko specis besau curik brang jek..hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2011 05:26 AM | Show all posts
hai..sudah lama saya tak berkongsi pengalaman seram disini..
pada hari ini saya ada satu kisah yang agak seram yang nak diceritakan.
tapi bukan sekarang..tunggu selepas breakfast..sebab nak karang sekarang takde mood..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 09:17 AM | Show all posts
hai..sudah lama saya tak berkongsi pengalaman seram disini..
pada hari ini saya ada satu kisah yang ...
shahrizal2009 Post at 21-1-2011 05:26



   yes yes hapdet cepat yer shah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2012 03:47 AM | Show all posts
Assalamualaikum W.B.T,

sudah lama saya tidak menceritakan pengalaman misteri/seram saya di sini...

sebentar nanti saya akan karangkan satu kisah seram daripada kekasih saya...

harap ada yang sudi untuk membaca  

sekian..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-11-2012 05:22 AM | Show all posts
Assalamualaikum...

saya ingin menceritakan tentang kisah seram yang terjadinya pada kekasih saya..

Kekasih saya ni memang seorang yang agak degil dan kuat merajuk..

Pada satu malam tu, jam lebih kurang 1 pagi, kekasih saya merajuk pada ayah dia, sebab ayahnya marahkan dia...

Oleh sebab dia tak tahan dengan perasaan sedihnya itu, dia berlari keluar dari rumah dan pergi ke tempat menunggu bas yang  jaraknya lebih kurang 50m dari rumah dia, tempat menunggu bas itu terletak di Tepi Jalan Raya. Oleh kerana waktu sudah pukul 1 pagi, jadi tiada sebuah kereta pun yang lalu lalang di situ. Di situ juga ada sebuah Masjid yang tidak jauh dari tempat menunggu bas tersebut...

Apa yang kekasih saya menceritakan pada saya, pada masa itu, dia telah menangis di tempat menunggu bas tersebut, oleh  kerana perasaan sedihnya dengan perangai ayahnya yang sering memarahinya itu..

Masa tu, dia cakap, perasaan rasa takut seolah-olah tidak wujud pada dia. Tetapi sebenarnya dia ialah seorang yang penakut dengan makhluk2 halus ni...

jam lebih kurang 1:30pagi ++ , setelah dia puas menangis di situ, tiba-tiba perasaan sedihnya bertukar kepada rasa takut, kerana diri dia terasa ada angin yang sangat sejuk bertiup kuat di mukanya.. Kalau nak kata ada angin, tapi dia tengok pokok di kawasan tu, tak bergoyang pun dan kereta pun tak ada yang lalu  pada masa tu, maklum la pagi2 buta ni, semua orang mesti sedang nyenyak tidur kan... Zzzzz Kroohh Kroohh...

Masa tu, perasaan dia mulalah merasa takut yang amat, tiba2 dia teringat pulak Tempat Mandi Mayat yang berada di dalam Masjid di situ, Masjid tu terletak disebelahnya sahaja, jadi dia toleh pandangannya ke arah tempat mandi mayat yang berada di dalam Masjid itu...

Syukur....... dia tak nampak apa2 pun disitu, dia cuma rasa seram jer......tiba-tiba, bulu romanya terus meremeng, masa tu memang dia rasa tak sedap hati, dia terasa macam ada benda yang sedang perhatikan dia dari jauh...

tanpa berfikir banyak, apa lagi.......dia terus pecut berlari balik ke rumah la...dalam perjalanan sambil dia berlari balik ke rumahnya itu, hampir2 dekat nak sampai ke rumahnya...

dia pandang ke belakang, untuk melihat jika ada benda berada di Masjid itu, masa tu alangkah terkejutnya, dia ternampak seorang lelaki tua bongkok 3 yang sedang berdiri sambil pegang Pelita Tanah itu sedang memerhatinya dari jauh, orang tua itu berada di hadapan Masjid, dia berasa pelik, sebab tadi waktu dia lalu di depan masjid tu, tidak pulak ternampak orang tua tersebut, sedangkan dia berpijak lalu di tempat orang tua itu berdiri untuk pulang ke rumahnya...

tanpa melengahkan masa lagi, dia terus berlari masuk ke rumahnya dan kunci pintu, dia risau jika orang tua itu ialah orang yang tidak waras...selepas tu, dia cuba intai orang tua tersebut dari tingkap rumahnya itu, bertambah terkejut lagi apabila dia terlihat orang tua bongkok 3 itu berjalan dengan perlahan menuju ke rumahnya sambil membawa pelita tanahnya itu...

apa lagi, dia terpaksa pergi ke bilik ayahya untuk beritahu perkara itu, walaupun perasaan rasa marah dia pada ayahnya itu masih belum sejuk.... selepas ayah dia dikejutkan, dia ajak ayahnya untuk intai bersama di tingkap tersebut, malangnya orang tua bongkok 3 itu tidak lagi kelihatan di luar....

perasaan dia lagi bertambah takut, kerana tidak puas hati, dan ingin tahu ke mana orang tua bongkok 3 itu pergi????

pada keesoknya hari, ayah dia menceritakan perkara sebenar padanya tentang kisah itu, sewaktu dia tiada di rumah, ada satu Kemalangan berlaku di hadapan masjid itu, mangsa seorang lelaki tua berumur lebih kurang 70 ++, mati ditempat kejadian, akibat cerdera serius di bahagian kepala, lelaki tua itu dilanggar lori muatan tanah yang tidak sempat membrek sewaktu lelaki tua itu melintas ke seberang jalan, lelaki tua itu datangnya dari masjidi...lelaki tua itu mati dalam keadaan mengerikan kata ayahnya otak lelaki tua itu berkecai dan bersepai di atas jalan...

kemungkinan kekasih saya nampak orang tua bongkok 3 itu ialah roh lelaki tua tersebut...Wallahu’alam..

Sekian..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2012 12:16 PM | Show all posts
abes gak bace....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2012 08:55 AM | Show all posts
habis dah baca....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 01:07 PM | Show all posts
waaahh..welkembek
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2012 09:50 PM | Show all posts
tt..seram la cite tt...

xde hupdate terbaru kerrr................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2015 08:39 PM | Show all posts
b.u.mp sikit, saya ada kisah baru.. =)
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 10:42 AM | Show all posts
shahrizal2009 replied at 23-7-2015 08:39 PM
b.u.mp sikit, saya ada kisah baru.. =)

bila free sila update,
dah hbs khatam cerita shah



Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 01:46 PM | Show all posts
TT cepat lah update cerita...ni tt dah keje ke belajar kolej ke baru pas spm ni ek?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya dah abes belajar dah since tahun 2000....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2017 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum...sudah bertahub saya tak update cerita seram disini, hari ni saya rasa nak update kisah seram di Amber Court apartment, genting highland...siapa tak kenal amber court? Tempat yg antara paling berhantu di malaysia...saya sendiri pernah menjejak kaki di sana lewat malam ...hasil separuh hari di sana, saya telah terakam suara halus, jika kawan2 berminat nak tengok dan dengar kisah saya..sila komen sikit? Nanti saya buat karangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2017 11:45 PM | Show all posts
Tepek la audio suara halus tu
Cerita kat sini
Saya nak tahu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2017 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
cengkihgirl replied at 25-9-2017 11:45 PM
Tepek la audio suara halus tu
Cerita kat sini
Saya nak tahu

Boleh miss...sy sertakan video sekali nanti...lewat2 mlm sikit sy buat karangan, sbb ada feeling.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2017 01:39 PM | Show all posts
Aikkk mananya? Tak datang2 ke feeling tt?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 04:40 PM | Show all posts

hahahha lawak giler part 'jelir lidah' n tunjuk paku tu..berdekah2 saya gelak hahahahahahha adoyaiiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.079466 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list