View: 6896|Reply: 17
|
Apa hukumnya uat group cari hantu?
[Copy link]
|
|
ada sesiapa tau, hukumnya dlm agama islam, adekah aktiviti ni ade hukumnya dlm agama?, wajib,sunat , makruh, harus or belum jatuh hukumnya.
bukan aku nk pertikaikn aktiviti ni, cume nk cari hukum dlm agama dlu, sbb aku tgk ade mbe yg nk join group cmni, so aku cume terase cm tk kene je...
klu sekdar bercerita n kongsi pengalaman jmpe makhluk2 ni dlm forum okey je bagi aku.. tapi klu smpai uat group, lengkap ngn alat2 high tech, nk cari n rekod antu.. rase cm membazir je tenaga tu.. sebab rasenya lagi better kalu group ni cari org2 yg ghaib, kene culik cm kes nurin jazlin. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by batmana at 25-5-2009 00:56
ada sesiapa tau, hukumnya dlm agama islam, adekah aktiviti ni ade hukumnya dlm agama?, wajib,sunat , makruh, harus or belum jatuh hukumnya.
bukan aku nk pertikaikn aktiviti ni, cume nk cari hu ...
ni just pendapat aku laa..
benda ghaib ni dah dikatakan dlm al quran.. dan wajib kita percaya wujudnya dia..
so y kita nk buktikan lagi ngan mencari cari...
kita berkongsi alam ni ngan mereka..
klu kita rs kita perlukan privasi.. taknak mereka ganggu kehidupan kita..
aku rasa sama gak la ngan mereka.. mesti nk privasi gak kan..
so cam ko kata la membazir masa je.... jgn laa ganggu mereka.. coz kita pun
tak suka mereka ganggu jugak kan? |
|
|
|
|
|
|
|
cari hantu pung
timba ilmu gak
katanya
..hantu dari sudut fizik
yang carik budak nurin jazlin tu, teknik hipnosis turut digunakan |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm...ontahlah....kita tunggu kata2 pakar lah....
pd aku orait ajer....mungkin dr segi duit mcm membazirlah....tp y not mengkaji dr segi sains dan metafizik......mungkin ada pemjelasan yg jelas.... |
|
|
|
|
|
|
|
untuk ilmu tak salah. memang dalam quran kata benda ghaib itu wujud, syaitan dan jin itu wujud, tapi tuhan juga suruh kita cari ilmu. menerima bulat2 tu tak patut, mencari bukti dan menambahkan pengetahuan tentangnya itu bagus. Mungkin juga dapat meningkatkan keberanian dan keyakinan. Asalkan tak pesong akidah dan tak buat maksiat no hal lah. |
|
|
|
|
|
|
|
baca kat web darul syifaq
SJ020: Pernah berlakukah dalam sejarah Islam, hantu dijadikan bahan pameran? Adakah Pameran Hantu ini boleh menyebabkan syirik?
Soalan
1. Pernah berlakukah dalam sejarah Islam, hantu dijadikan bahan pameran?
2. Terkesankah aqidah umat Islam apabila ada yang menolak mentah-mentah pameran itu, dengan mengatakan pameran sedemikian adalah syirik dan wajib dijauhi kerana hantu sedemikian tidak pernah wujud.
Riduan Abdul Rahim
Kota Raja, Selangor
Jawapan 1
Dari maklumat saya yang terbatas khasnya dalam bidang pameran yang dimaksudkan, saya tidak pernah bersua sebarang maklumat sepanjang sejarah, meskipun buku-buku rujukan yang banyak saya ikuti, buku-buku yang memperkatakan tentang makhluk halus, tidak pernah didengari makhluk halus telah menjadi makhluk kasar berupa paras, ditangkap dan dimatikan manusia untuk dijadikan bahan pameran.
Sebenarnya dalam kehidupan insan, kita sentiasa bertemu dengan maklumat ada beberapa kumpulan masyarakat Barat dan Timur, begitu bersungguh mencari bukti, membuktikan makhluk halus secara fizikal.
Saya sendiri secara peribadi, telah ditemui oleh beberapa pengkaji daripada luar negara seperti Amerika Syarikat, Perancis dan beberapa negara Eropah, mereka menemuramah dan disiarkan di televisen Perancis dan dalam Discovery Channel, meminta saya menggambarkan makhluk halus daripada pengalaman yang sebenar.
Secara fizikalnya belum ada yang dapat membuktikan ia wujud. Secara imaginasinya hasil daripada pengalaman pertemuan dalam beberapa episod, interaksi insan yang dirasuk makhluk halus, itulah yang paling banyak boleh digambarkan.
Banyak orang menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapat bukti nyata, seperti memasang kamera yang dihalakan di tempat-tempat yang didakwa ada makhluk halus, dikumpulkan beberapa orang di tempat tertentu dan mereka berkomunikasi dengan makhluk ini, semuanya berlaku sekadar imbasan, bayangan dan rupa paras yang tidak pasti.
Dalam istilah Arab, hal-hal yang sedemikian ini disebutkan sebagai al-ashbaah atau bayang-bayang. Seolah-olah masyarakat Arab menggambarkan makhluk halus tidak lebih dari bayang-bayang yang boleh dilihat tetapi tidak boleh dipegang.
Maka dengan itu, sampai ke peringkat ada yang tidak mempercayai makhluk halus wujud kerana tidak pernah dilihat secara fizikal dalam sejarah sama ada dilihat dengan mata atau dipegang dengan tangan.
Oleh itu jelas dalam sejarah tidak pernah wujud sebarang pameran makhluk halus yang dijelmakan untuk tontonan manusia, apa yang dipamerkan bukan realiti kerana realitinya belum pernah berlaku.
Jawapan 2
Tidak mempercayai adanya makhluk halus yang diistilahkan sebagai syaitan, jin, iblis dan sebagainya, sama dengan hantu, polong, langsuyar atau sebagainya, menjejaskan aqidah.
Mempercayainya memperkukuhkan aqidah.
Makhluk ini disebut dalam al-Quran begitu banyak, bukan sahaja berulang kali disebut perkataan jin, iblis atau syaitan sahaja, tetapi al-Quran dan al-Hadis turut menggambarkan hal kejadian mereka, beban amanah yang mereka tanggung sebagai makhluk, hal mereka beriman, mereka kufur, mereka menyakiti anak Adam, mereka bermasyarakat, berkahwin dan beranak pinak.
Oleh itu mempercayai adanya mereka aqidah umat Islam yang berteraskan al-Quran.
Adapun menolak mentah-mentah adanya makhluk itu, menafikan kewujudan mereka, ertinya mereka menafikan benarnya al-Quran.
Adapun yang merujuk kepada pameran, pameran sedemikian itu dikatakan syirik, persoalan ini perlu dilihat daripada beberapa sudut, sudut wujudnya makhluk halus itu, adalah suatu realiti.
Jika dilihat dari sudut bolehkah manusia mempercayai bahawa makhluk-makhluk ini boleh melindungi manusia, lalu manusia meminta perlindungan daripada mereka.
Sehingga manusian menyahut seruan supaya melakukan sesuatu yang syirik seperti menyembelih binatang untuk mereka, melakukan ibadah atas perintah mereka, melupakan Allah S.W.T sebagai pelindung dan menjadikan syaitan sebagai pelindung, hantu sebagai pembela dan sebagainya.
Bagi yang menolak mentah-mentah pameran seperti ini, terpulang kepada bicara ilmu masing-masing. Jika diyakini bahawa yang dipamerkan itu sebenarnya bukan hantu, tetapi adalah karya seni yang dikatakan realiti, membohongi masyarakat sesuatu yang tidak wujud dikatakan wujud (dijelmakan dalam bentuk realiti), maka elok masyarakat berhati-hati untuk mempercayainya.
Sebab itu saya mencadangkan supaya bahan-bahan yang dipamerkan itu (yang dikatakan hantu), diuji dalam makmal dan dibuat kajian akademik bagi membuktikan ianya sebagai benar, supaya masyarakat tidak tertipu.
Menerima dan menolak itu adalah hak manusi, tetapi hak ilmu untuk dibuktikan, harus dijadikan panduan untuk mengajar manusia menerima suatu hakikat sebelum mempercayainya.
Saya sendiri tertanya-tanya apakah sebenarnya tujuan dianjurkan pameran tersebut, sekiranya ia bertujuan memberi pengetahuan sebenar kepada masyarakat tentang alam makhluk halus maka ia perlu diasaskan pada asas ilmu yang sah disini Islam.
Jika ianya sebagai suatu bisnes menggunakan suatu teknik untuk menarik perhatian pengunjung, menghasilkan tujuan material sedangkan bahan yang dipamer bukan realiti, maka ia memerlukan suatu pembetulan.
Kita tidak mahu masyarakat tertipu dengan gambaran yang tidak betul.
Diandaikan ianya dibuat hasil kajian yang menyeluruh, ia benar-benar realiti, kita boleh berbangga, dunia umumnya belum dapat membuktikan hal sedemikian, tetapi rakyat Malaysia boleh. Wallahu a'lam.
http://www.darussyifa.org/SJ020.php
/- tuk bacaan semua dan info |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 Syd\ catat
wah.. rajin sungguh Syd nih...
tqvm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 Syd\ catat
wahhhh jwpannya paling besh...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 thoyol's post
dulu..
sebut hantu...semua takut
skrg
sebut hantu...
orang dok kejar hantu lagi
nak tahu..
apa ekceli hantu nih
jirim
jisim
dan ntah apa lagi
gas pung ada |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian Online
Manusia tak boleh taksub mendalami alam ghaib
Oleh Hashim bin Ahmad
Allah sengaja merahsiakan supaya insan berfikir tentukan masa depan hidup
MEMANG tidak dapat dinafikan manusia adalah semulia-mulia makhluk dan sebaik-baik kejadian diciptakan Allah kerana dikurniakan akan untuknya menentukan arah hidup, tujuan serta perjuangannya pada hari muka.
Akal membezakan manusia dengan makhluk lain. Dengan akal, manusia dapat meneroka lautan luas dan meredah angkasa raya serta melakukan kerja berat dan bahaya yang tidak dapat dilakukan binatang besar dan terkuat di dunia.
Bagaimanapun, kemampuan dan kebolehan diberikan Allah kepada manusia melalui akalnya adalah terhad. Allah tidak memberitahu manusia mengenai perkara ghaib. Perkara ghaib adalah rahsia Allah.
Tergolong dalam kategori perkara ghaib ialah adanya malaikat, alam akhirat, qada dan qadar Allah. Perkara ini adalah salah satu daripada Rukun Iman yang wajib dipercayai dan diyakini setiap orang mengaku dirinya beragama Islam.
Membicarakan mengenai perkara ghaib, Allah berfirman yang bermaksud: |
|
|
|
|
|
|
|
tapi tujuan group2 hantu ni utk cari apa ya sbnrnya?
sebab kalu dilihat, mereka dilengkapi alat2 high tech, pengesan medan magnet, ntah ape namanya, dikatakan kalu entiti ni lalu depan mereka, ada perubahan magnetik la, aku terase kaedah ni salah,
sebabnya kita takkan dapat gunakan sains n teknologi utk 'tembus' lihat dunia lain, sebab tuhan dah asingkan kita dengan dunia jin & syaitan, agar kita tak dpt lihat dgn mata kasar.
kalau group2 hantu ni berpegang pada pndapat keupayaan barangan ni mengesan hantu & syaitan, aku rasa cm sudah sesat.
Sebabnya kalaula wujud satu alat yang boleh kesan jin n makhluk halus ini, maka tersingkapla semua penglihatan kepada dunia luar, dunia jin & syaitan, dan kita boleh lihat dgn mata kasar melalui bantuan alat2 berkenaan. Benda ini tidak mungkin akan berlaku, jadi napa perlu lagi dicari sampai sebegini sedangkan ianya mmg telah wujud di mana2.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rase suatu hari nanti hantu boleh dibuktikan dgn kaedah saintifik..
ok je cari hantu..tapi dalam ape ape pon kena la berwasatiah |
|
|
|
|
|
|
|
Ini jawapan dari Ustaz :
youtube.com/watch?v=QSqdyF8chG4
youtube.com/watch?v=Hihd7RPWpUg
youtube.com/watch?v=mwVHlc-6Bqs
youtube.com/watch?v=wb55AU-sqJ0 |
|
|
|
|
|
|
|
Apa motif geng2 ni pun aku tak tau. Nak kaji dan buktikan apa actually? Kalau yang Islam tu, kan dalam Al-Quran dan Hadis dah bagi tau, depa ni wujud.
Banyak geng2 yang dok ada ni, acah2 urban je ramai.. konon cam hebat la, berani la menyahut seruan mencari hantu...
Yang aku tau, hantu ni adalah jin. Dan ketua dia adalah Iblis.
Syaitan tu adalah sifat jahat (evil) kepada Iblis, sebahagian jin, dan sebahagian manusia.
Manusia pun ada gak jenis syaitan=hantu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|