View: 6897|Reply: 18
|
BMW Motorrad - Concept 6
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by amazed at 5-12-2009 10:54
BMW R 1200 R - Model touring serba boleh
Oleh Irwan Asri Mohd Nor
Ia bukan saja paling ringan dalam keluarga R keluaran BMW,
malah lebih ringan daripada kebanyakan motoskal 4 silinder di pasaran.
BMW Motorrad masih meneruskan tradisi mereka dalam pengeluaran motosikal kelas Roadster mempersembahkan model yang kini menjadi tonggak kejayaan kepada model asal R 1150 R.
Menerusi penjualan R 1150 R dan R850 R yang mencatat sehingga 60,000 unit sejak tahun 2001, sememangnya wujud permintaan yang tinggi terhadap motosikal dalam rekaan klasik.
Ia menggabungkan karekter unik bersama gaya elegan yang tidak lapuk di telan zaman.
Kualiti keseluruhan Roadster ini telah menyumbang kejayaan yang besar kepada jenis motosikal seperti ini di pasaran. Ia akan di perhebatkan lagi dengan kemunculan model R1200 R serba baru.
Model ini pula menggabungkan banyak ciri hebat yang baru tanpa menjejaskan konsep sedia ada pada model asal dan penggabungan standard yang tinggi menjadikan ia sebuah model touring serba boleh.
TEKNOLOGI ASC membantu penunggang mengawal
motosikal mereka lebih baik.
Enjin 1200cc ini berkemampuan 80kW/109hp dan jauh melebihi kemampuan enjin lama dengan lebihan kuasa sebanyak 28 peratus. Unit enjin leper berkembar ini didatangkan dengan peringkat yang sedia ada pada model R 1200 RT. Posisi penyejuk pelincirnya kini diperbaiki dengan meletakkannya di belakang fork hadapan.
Seksyen belakang pada tiub bulat spaceframe kini telah diperbaharui untuk roadster ini. Ia membantu memberikan bahagian belakang keseluruhan yang lebih ringan dan penampilan yang lebih kemas.
Model ini sekali gus berjaya mengurangkan berat keseluruhan motosikal ini. Berat bersih model R 1200 R ini adalah 198 kilogram (kg) atau 437 paun. Ia paling ringan dalam keluarga R keluaran BMW.
Dalam keadaan di atas jalan dengan tangki yang dipenuhi bahan api juga menjadikan jentera ini hanya 223 kg atau 492 paun. Malah, ia lebih ringan daripada kebanyakan motosikal 4 silinder dalam segmen ini di pasaran.
Dengan perkembangan teknologi yang terkini, Roadster ini telah pun memulakan standard baru terhadap pasaran dan sekali lagi menjadikan BMW sebagai peneraju dalam ciri keselamatan jalan raya. Buat pertama kali, model ini memperkenalkan ciri ABS oleh BMW Motorrad, yang mungkin akan digabungkan sebagai opsyen bersama ASC (Anti Spin Control).
Sistem TPC (Tyre Pressure Control) pula berperanan memberitahu penunggang tentang tekanan tayar yang direka sebagai ciri untuk keselamatan yang unggul.
Kesemua aksesori yang tersedia untuk model baru ini direka sejak awal. Walaupun boleh dikategorikan sebagai kompak, ia mempunyai ciri hebat seperti motosikal touring yang lebih besar.
MODEL ini menggabungkan banyak ciri hebat yang baru
tanpa menjejaskan konsep sedia ada pada model asal.
Ruang simpanan barang diukur untuk memberi tahap simpanan yang sama dibekalkan pada model ST dan RT termasuk ciri cermin fly screen.
Demonstrasi bagi Sistem ASC ini dilakukan di Berlin di atas jalan tar. Kini, BMW cukup yakin bahawa teknologi ASC bakal membantu penunggang mengawal motosikal mereka dengan lebih baik.
Selain kawalan manusia, teknologi ini membantu aspek kawalan yang tidak mampu dilakukan oleh gerakan pantas anggota badan, khasnya ketika berdepan bahaya hilang kawalan yang tidak diduga.
Opsyen akhir yang akan diketengahkan ialah pelbagai aksesori tambahan yang akan diperkenalkan sebaik model ini memasuki pasaran.
Model R dan RG sejak dahulu lagi merupakan 'anak emas' BMW yang sentiasa menjamin keuntungan kepada konglomerat dari Jerman ini.
aku... kalu dapat motor canggini.... tak ada awex pun... tarak apa... janji moto class...woo..
[ Last edited by amazed at 28-3-2009 15:43 ] |
|
|
|
|
|
|
|
naked bike tak minat sgt, tp nampak seksi
i suka naked girls je.... |
|
|
|
|
|
|
|
uish
nyit..nmpk gelojoh sgt..cover skit bro..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by t0m at 5-9-2008 22:31
nyit..nmpk gelojoh sgt..cover skit bro..huhu
sesekali lepas gian tgk yg naked... |
|
|
|
|
|
|
|
err sorry... not for me..
[ Last edited by BSundayB at 13-4-2009 22:24 ] |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk kat tengkuk dia ade asober cam hagharm je tgk... tapi rasa cam tak blh lwn naked bike ktm yg br tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 salleh_ts185's post
bmw and bmw owners claimed the front spring is smoother than conventional fork..
entahlah... kalau letak kayu kat motor sejibik RM110k ni, sume owner bmw kata sedap... padahal, cuma kayu..
one thing for sure, bmw bike owners mmg perasan lebih... kononnya bawak motor bmw ni meaning org kaya lar... main motor brand lain takde standard... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 BSundayB's post
ye ke..?? saper tu.. aku nengok bung selaipox ok jer.. sempoiiiiiiiii.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 ryo_takahashi1's post
most bmw riders...
btw, ryo bawak motor aper?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
Berapa harga motor ni bro? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 mysoho's post
gi lar tanya BMW motorrad kt jln bukit bintang tu...
lebey kurang RM90k-105k kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Tujuh model baru Motorrad BMW
Oleh ABD. HALIM HADI
| HP2 Sport
|
PELANCARAN tujuh model motosikal terbaru oleh BMW Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini mengakhiri penantian peminat untuk melihat barisan lengkap jentera Motorrad itu di negara ini.
Ketibaan model pelbagai segmen iaitu HP2 Sport, K 1300 S, K 1300 R, K 1300 GT, R 1200 R, F 650 GS dan F 800 GS itu dijangka menambah penguasaan BMW dalam dunia pemotoran, sekali gus memacu jualan tahun 2009.
Pengurus Motorrad BMW (Malaysia), Fazli shukor berkata, Motorrad menerima sambutan hangat sejak tiga tahun kebelakangan ini dengan peningkatan sebanyak 36 peratus pada tahun lalu (jualan terakhir) berbanding tahun sebelumnya (2007).
'' Permintaan terhadap motosikal BMW bukan sahaja meningkat malah mendapat sambutan lebih awal daripada pelancaran sehinggakan tempahan terpaksa dilakukan.
''Perkara itu tidak memeranjatkan kerana pelanggan BMW sememangnya setia dengan jenama ini selain pertambahan minat daripada golongan muda," katanya.
Sementara itu, prestasi jualan Motorrad yang memberangsangkan diakui turut dipengaruhi oleh kemudahan perkhidmatan kewangan BMW yang merupakan salah satu daripada pilihan pembiayaan pembelian cara mudah.
Pelbagai segmen
Rangkaian motosikal baru itu merentasi pelbagai segmen pemotoran antaranya kategori dua fungsi GS yang terkenal di peringkat antarabangsa, motor perlumbaan dan lasak melalui siri K, siri R dalam streekbikes dan HP2 Sport (supersports).
Siri K 1300 yang dinantikan peminat pemotoran adalah jelmaan semula versi K 1200 yang sebelum ini terkenal dengan keupayaan prestasi, teknologi dan kuasanya. Kali ini dengan lebih pembaharuan.
K 1300 S pula adalah motosikal yang mempunyai rekod pecutan terpantas pernah dikeluarkan oleh BMW Motorrad dengan capaian kelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam di bawah masa 2.8 saat.
Penampilan model HP2 Sport yang berkuasa tinggi dan sesuai untuk perlumbaan litar juga menandakan kemunculan semula BMW Motorrad ke dunia pemotoran selepas penampilan pada Kejohanan Lasak 2008.
Bagaimanapun, hanya 11 unit motosikal berenjin tradisional boxer BMW itu diedarkan di negara ini kerana pengeluaran model itu yang terhad di seluruh dunia.
R 1200 R pula merupakan pengganti yang bernilai kepada model R 1150 R yang meneruskan kesinambungan tradisi panjang dalam pengeluaran motosikal roadster. Rekod jualan di seluruh dunia bagi model sebelumnya mempamerkan permintaan yang amat tinggi terhadap motosikal yang menggabungkan reka bentuk klasik dengan karakter unik dengan prestasi segar.
F 800 S dan F 650 GS pula adalah model enduro baru yang bukan sahaja mengembangkan rangkaian produk sedia ada tetapi turut membuat penampilan di peringkat penyertaan dalam dunia GS yang terkenal.
Harga pasaran di atas jalan termasuk pendaftaran cukai jalan persendirian tanpa insuran adalah seperti berikut; HP2 Sport RM158,888, K 1300 S (RM119,000), K 1300 R (RM120,000), K 1300 GT (RM 135,000), R 1200 R (108,000), F 650 GS (RM71,000) dan F 800 GS (RM83,800).
Setiap model ditawarkan bersama jaminan dua tahun dengan jarak perbatuan tanpa had. Kunjungi Auto Bavaria Bukit Bintang atau Pulau Pinang untuk pengamatan lebih dekat. |
|
|
|
|
|
|
|
?t=1238230336 |
|
|
|
|
|
|
|
?t=1238230467 |
|
|
|
|
|
|
|
ni yg plg best moto 200kg terbang
?t=1238230544 |
|
|
|
|
|
|
|
BMW Concept 6
Oleh IRWAN ASRI MOHD. NOR
BMW bermula sebagai syarikat pengeluar enjin pesawat pada era Perang Dunia Pertama. Ketika itu, kebangkitan teknologi memuncak di Jerman. Peperangan sebenarnya telah menghasilkan sesuatu yang positif dalam arus teknologi.
Perang telah melahirkan ribuan jurutera, memburu kemajuan yang perlu disempurnakan dalam masa yang singkat. Bayangkanlah apabila semuanya terpaksa dilakukan secara manual, teknologi era tersebut wajar dianggap keajaiban abad ke-20.
Selepas ketiadaan kontrak membuat enjin pesawat daripada kerajaan Jerman, BMW terpaksa mengalihkan perhatian kepada perniagaan lain.
BMW Motorrad cuba memulakannya dengan menghasilkan motosikal iaitu R32 pada 1923 menggunakan enjin yang pada asasnya untuk sebuah pesawat.
Ia nampak berlebih-lebihan apabila enjin pesawat berkipas dipasang pada motosikal. Namun keperluan pengangkutan motosikal amat mendesak pada zaman pasca perang. Infrastruktur jalan raya musnah, harga besi melambung dan rakyat tidak mampu membeli kereta.
Pada dekad-dekad seterusnya, BMW menjadi nama agung dalam industri motosikal. Ia menakluk pasaran Amerika dan men |
|
|
|
|
|
|
|
Bila aku baca kebanyakan review penulis Irwan Asri ni, aku leh wat kesimpulan dia ni wat review hanya berdasarkan figure yg dikeluarkan oleh pengeluar atau mungkin kerja plagiat dari review lain. DIa tak pernah pun 'test-ride' kenderaan yang dia review.. kat mana kredibiliti dia nih? |
|
|
|
|
|
|
| |
|