CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4261|Reply: 4

Kehebatan nama Ziana setanding kepercayaan orang ramai terhadap Vono

[Copy link]
Post time 23-5-2008 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Tiada lagi masalah tidur
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Penggunaan tilam sesuai dan berkualiti bantu Ziana atasi sakit belakang, kekalkan kecergasan

LAPAN jam tanpa terjaga dianggap tempoh tidur yang cukup bagi golongan dewasa. Sayangnya apabila bergelar ibu dan memiliki anak kecil, tempoh berkenaan jauh sekali dapat dinikmati, walaupun semalam.

Manakan tidak, terbangun daripada tidur untuk membuat susu anak, sudah mencuri paling tidak 10 minit untuk tidur kembali. Sekiranya bayi terjaga lebih tiga kali semalam? Ringkas kata, nikmat tidur tanpa gangguan mungkin tidak ada lagi dalam diari seorang wanita bergelar ibu.

Sungguhpun kenyataan itu mengecewakan, hakikatnya tidaklah sebegitu buruk, seandainya individu mampu mendapatkan tilam terbaik sebagai teman tidur.

Jurucakap Tilam Vono yang juga penyanyi terkenal, Ziana Zain, berkata menjadi ibu yang mempunyai anak masih kecil, kurang tidur antara masalah lazim yang boleh menyebabkan seseorang tampil kurang bermaya keesokan harinya.

Apatah pula bagi dirinya yang berkerja mengenakan kasut bertumit tinggi hampir setiap hari. Sakit kaki dan sengal pada bahagian tulang belakang adalah perkara biasa. Namun, sejak menggunakan tilam Vono, semua itu tidak lagi mengganggu kesegaran tubuhnya apabila bangun keesokan harinya kerana memiliki tilam yang berkualiti, sekali gus membantu mendapatkan kesegaran tubuh badan.

揝ebagai ibu, gangguan tidur pasti ada kerana anak masih kecil, tetapi mendapatkan nikmat tidur kembali selepas terjaga tidaklah sesukar mana dengan tilam yang baik. Begitu juga apabila mengenakan kasut bertumit tinggi hampir sepanjang hari. Untuk mengelakkan berlaku sakit belakang, selalunya saya tidur tanpa bantal dan ia membantu mendapatkan kembali kesegaran tubuh,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2008 11:00 AM | Show all posts
  terkejut jay baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2008 11:17 AM | Show all posts
pesal terkejut jay?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 11:28 AM | Show all posts
meletop kan statement.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2008 09:42 PM | Show all posts
mesti la meletup..ehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.085372 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list