termenung aku sendirian..
melihat ke arah langit nan kelam
betapa jauhnya langit
tak mungkin akan ku gapai
mustahil dek akal
jauhnya langit
umpama jauhnya perjalanan generasi adam
generasi yang penuh sejarah
kondisi yang berbeza
teramat berlainan
tetapi yang sama
tetap bernafas di bumi yang satu
bumi yang sudah tua
uzur tidak bermaya
garis-garis tua
menghiasi wajah bumi
perjalanan bumi..
dari tercampaknya adam
sehinggalah titik pena ini berlari
menampak perkiraan
kalkulasi antara hidup dan mati
bumi nan satu iaitu kiamat