|
ok sy ikut arahan mod...maaf k |
|
|
|
|
|
|
|
Bismillah 
penyakit jiwa/hati ubatnya penyerahan (serah diri pada Allah yang menguji)
mcm kata seseorang dalam lagunya.
banyak ayat mujarobat
bisa menawarkan luka
namun penyakit jiwa itu
tak bisa ditawar tanpa penyerahan.
Wallahu'alam. Last edited by mr_evergreen on 23-9-2013 12:19 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
salam,
ini sekadar kefahaman dari apa yg pernah saya lalui dan dari apa yg saya fahami dari kes2 yg anda semua maksudkan.
untuk menghilangkan gangguan, kembali kepada petunjuk Alquran kerana di dalam Alquran menjelaskan segala2 perkara yg berkaitan gangguan. dalil :
(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).
(Al-Anfaal 8:11)
Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: "Kami beriman kepada Allah"; kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan manusia). Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka sudah tentu akan berkata: "Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu". (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk?
(Al-'Ankabuut 29:10)
dalam 2 dalil ini menerangkan terlalu banyak ilmu yg menjelaskan perihal gangguan dan kaedah untuk menyelesaikan gangguan. bacalah 2 surah ini sebagai petunjuk untuk mengatasi masaalah gangguan. jika boleh membaca keseluruhan Alquran, itu lebih baik kepada sesiapa jua yg mahu beriman kepadaNya. insya'allah, Dia akan membantu anda.
dalam hal syifa', saya kurang berminat untuk mempercayai hal2 syifa' kerana cukuplah apa yg saya percayai setakat ini. jangan marah kepada saya dengan statement saya kerana bagi diri saya, sebaik2 penolong manusia adalah Allah. kerana Dialah juga, saya tidak menjadi gila. kerana Dialah juga telah kembalikan saya kepada fitrah ciptaanNya. kerana Dia jugalah saya kenal apa itu agama yg lurus. sesungguhnya, disebalik makna menolong itu tersingkap suatu rahsia dan saya lebih suka diamkan atas makna beriman kepada qada' dan qadarNya. dalil ini menarik jika dibaca :
Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya".
(Al-Anfaal 8:48)
pada keterangan ini, terdapat maksud yg cukup mendalam untuk diperhatikan. sesungguhnya tidaklah saya mencari keuntungan dari apa yg saya nyatakan. sekadar berkongsi apa yg saya tahu untuk sama2 kita memerhatikan akan petunjuk2Nya sebagai ingatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bismillah 
terang
walaupun ia tersembunyi,cemburukan matahari
cahaya berseri-seri,tidak engkau kenali. |
|
|
|
|
|
|
|
mr_evergreen posted on 23-9-2013 12:16 AM 
Bismillah
penyakit jiwa/hati ubatnya penyerahan (serah diri pada Allah yang menguji)
Tp lbh byk ayat penjual obat
menawarkan luka kpd yg sakit...bisanya. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 23-9-2013 09:51 AM 
Tp lbh byk ayat penjual obat
menawarkan luka kpd yg sakit...bisanya.
Bismillah 
kita datang dari DIA,
kita pulang pada-NYA.
|
|
|
|
|
|
|
|
salam 
makanan Aqal adalah ilmu ..
makanan Hati adalah zikir ..
kedua²nya memerlukan pendidikan ..
kedua²nya memerlukan berseh dan suci ..
asal penyakit dari tempat yang kotor ..
wassalam

|
|
|
|
|
|
|
|
Baru tau ada penyakit gini yg mendatangi secara normal tanpa faktor luaran. Yang saya tau, penyakit ni banyak dihidap oleh used-individu yg terbabit directly/indirectly pada bahan2 mampu-rangsang yg mempunyai aspek trigger & control. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tau ada penyakit gini yg mendatangi secara normal tanpa faktor luaran. Yang saya tau, penyakit ni banyak dihidap oleh used-individu yg terbabit directly/indirectly pada bahan2 mampu-rangsang yg mempunyai aspek trigger & control. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tau ada penyakit gini yg mendatangi secara normal tanpa faktor luaran. Yang saya tau, penyakit ni banyak dihidap oleh used-individu yg terbabit directly/indirectly pada bahan2 mampu-rangsang yg mempunyai aspek trigger & control. |
|
|
|
|
|
|
|
Bismillah 
penyakit hati & jiwa itu lagi bahaya,sampai blh buat bermusuhan sesama Islam.
pecah belah dlm masyarakat.
suami isteri bercerai.
adik beradik tak bertegur.
org yg ada simptom penyakit hati & jiwa,fizikal mereka mmg nampak sihat sbb syaitan yg beri kekuatan pd mereka melalui bisikan-bisikan melalui telinga terus ke hati.
Wallahu'alam. Last edited by mr_evergreen on 23-9-2013 02:33 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
salam 
Aqal .. berpanduankan dengan ilmu
Hati .. berpedomankan dengan Iman
kedua²nya saling perlu memerlukan ..
tapi pada hakikat nya
tunduk Aqal pada Iman ..
tunduk logic pada wahyu firman Allah ..
wassalam

|
|
|
|
|
|
|
|
dari mana asalnya penyakit jiwa? asal kejadian penyakit jiwa itu atas apa yg Dia kehendaki terhadap sesiapa jua yg Dia kehendaki menurut undang2 yg terkandung di dalam petunjukNya.
sebab utama berlakunya penyakit jiwa antaranya berdasarkan dalil ini :
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(AlBaqarah 275)
ada lagi dalil :
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
(Al-Baqarah 10)
eh? azab seksa? merana kesakitan di dunia sehingga menjadi gila? siapalah yg tahu tak gitu? ada lagi dalil :
Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya.
(AlMaaidah 52)
eh? kenapa mesti menyesal tak gitu? tak ke orang yg munafik itu lupa apa yg dikatakan oleh dirinya dan kesanggupan untuk menerima bala yg telah ditetapkan olehNya? ada lagi dalil :
(Ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit (syak) dalam hatinya berkata: "Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh agama mereka (sehingga mereka berani menentang kami yang lebih besar bilangannya)". Dan (yang sebenarnya) sesiapa yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin, maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh yang lebih besar bilangannya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Anfaal 8:49)
eh? golongan yg beriman itu sedikit rupanya ek? maksudnya yg berada di jalan yg lurus itu amat sedikit? apa boleh buat. ada lagi dalil nieh :
Adapun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka maka surah Al-Quran itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran (kufur) yang ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir.
(At-Taubah 9:125)
eh? yang ni statement paling besar jika terdapat orang2 munafik yg berada di stage 4 (clap! clap! clap! buat pesakit penyakit jiwa stage 4 yg tiada harap untuk dihidupkan jiwanya olehNya) = kalau kanser stage 4 dari makna bidang kedoktoran ni merujuk terus maksud tunggu nak mampos aje (sedangkan dari segi teknikalnya = Allah menetapkan kematian dan bukannya kanser yg menyebabkan kematian). apa boleh buat. tu yg ramai gila meroyan di wad gila kes gila duit sehingga sewaktu hidup normalnya, dirinya menentang ketetapan Allah sambil menghina hukum dan ketetapan Allah. amat berbaloilah jika ada manusia dalam forum mahu menentang ketetapan Allah yg mana dirinya sendiri teramatlah jahil dan zalim kepadaNya. tak pe dalil ada lagi.
(Yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan hasutan Syaitan itu sebagai satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka, dan yang hatinya keras membatu; dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran.
(Al-Hajj 22:53)
eh? rupanya hati yg membatu itulah maksud orang2 yg menjadikan hasutan syaitan sebagai sebab untuk menerima hukum yg terdapat didalam Alquran? tu yg jadi kufur ingkar tak gitu? apa boleh buat. mana ada mengaku dirinya tidak pernah mendengar bisikan syaitan kerana apa yg dibisikkan hatinya itulah bisikan syaitan. apa boleh buat. tanda2 akan jadi gila sudah ada!!! hahahaha...
banyak lagi saya nak taip. apa boleh buat, masa menerangkan ilmu itu sesuai kepada sesiapa yg mahu mengambil peringatan sebagai sebab untuk kembali beriman kepadaNya selagi-mana dirinya benar2 takut kepada Allah. orang yg tak takut kepada Allah sememangnya takkan mengambil peringatan sebagai sebab untuk kembali kepadaNya dalam keadaan fitrah kerana pada akalnya ilmu itu hak dirinya. apa boleh buat. tunggulah azab bila diri sendiri tidak boleh dikawal sedangkan hati menyesal kerana ketidak-patuhan tubuh badan kepada kehendak jiwanya. itulah makna orang2 yg berpenyakit jiwa. apa boleh buat. ramai yg mahu penyakit jiwa dan bukannya menyembuhkan jiwa. itulah hakikat manusia2 yg bertuhankan dunia. apa boleh buat. space kosong untuk orang2 yg bakal gila di dunia sudah tersedia. di akhirat lebih baik bagi diri orang yg gila jika belum anda semua mengetahui hakikat gila yg saya maksudkan pada sisiNya.
|
|
|
|
|
|
|
|
apa boleh buat. sendiri mau tau ler....  |
|
|
|
|
|
|
| |
|