|
ZN kini mahu dikenali sebagai Jinyea.
ZN tukar nama pentas
SEBAGAI persediaan ke arah kemunculan semula dan aktiviti promosi menjelang November depan, penyanyi ZN memutuskan untuk menukar nama pentas yang digunakan sekarang.
Anggota kumpulan LABOUM itu dikatakan akan kembali menggunakan nama asalnya iaitu Jinyea untuk kariernya selepas ini.
Agensi baharu LABOUM iaitu Interpark Music Plus memaklumkan, mereka teruja menjalin kerjasama dengan kumpulan dan Jinyea dalam usaha mengorak langkah mencipta kejayaan luar biasa selepas ini.
“Kami tidak sabar bekerjasama dengan LABOUM untuk langkah baharu mereka. Begitu juga dengan Jinyea. Diharapkan peminat tidak akan jemu memberi sokongan kepada kedua-duanya,” katanya.
LABOUM mula menandatangani kontrak bersama agensi berkenaan pada bulan lalu dan tidak menunggu lama untuk meluncurkan buah tangan baharu kepada peminat mereka menjelang November depan.
Sementara ZN atau Jinyea pula, selain nyanyian, dia juga semakin aktif dengan bidang lakonan menerusi drama I’ll Become Your Night yang dijangka menemui peminat November ini.
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|