View: 3853|Reply: 5
|
[Korean] Ho-yeon mangsa eksploitasi fesyen mewah?
[Copy link]
|
|
Edited by NaylaArisha at 23-10-2021 01:39 PM
Ho-yeon mangsa eksploitasi fesyen mewah?
JUNG Ho-yeon menerima pelbagai tawaran menarik daripada jenama fesyen mewah selepas membintangi drama bersiri Squid Game. - AGENSI
SEOUL: Bintang utama drama Squid Game, Jung Ho-yeon berisiko menjadi mangsa eksploitasi pelbagai jenama fesyen mewah selepas jumlah pengikut aktres Korea Selatan itu meningkat secara mendadak dalam platform Instagram.
Lapor Daily Mail, pelakon dan model berusia 27 tahun itu menerima pelbagai tawaran menarik daripada label fesyen mewah dan jenama global yang berminat untuk memanfaatkan popularitinya.
Jenama fesyen mewah, Louis Vuitton menjadikan bintang kelahiran Seoul itu sebagai wajah koleksi terbaharunya yang mempromosikan pakaian, barangan kemas dan jam tangan jenama dari Perancis tersebut.
Pengeluar pakaian sukan, Adidas dan jenama fesyen mewah, Fendi pula memeterai perjanjian dengan Ho-yeon.
Ho-yeon kini menjadi seorang daripada model paling ‘laku’ di dunia selepas Squid Game ditayangkan pada bulan lalu.
Para pereka juga kagum dengan populariti Ho-yeon dalam media sosial selepas aktres itu mempunyai seramai 17 juta pengikut di Instagram dalam tempoh seminggu, sekali gus menjadikannya sebagai pelakon Korea Selatan mempunyai paling ramai pengikut di platform tersebut.
Malahan, satu hantaran yang memaparkan Ho-yeon menggayakan beg Louis Vuitton mendapat lebih enam juta tanda suka.
Sekeping gambar menunjukkan pelakon itu mengenakan pakaian sukan Adidas pula berjaya meraih sokongan 8.3 juta pengikutnya.
Ho-Yeon dijangka melakukan peragaan pada pertunjukan fesyen di London, New York, Paris dan Milan pada tahun depan.
Dalam drama bersiri Squid Game, Ho-yeon memainkan watak seorang pembelot Korea Utara yang menyertai pertaruhan maut itu dalam usaha memenangi wang bagi membawa ahli keluarganya yang terperangkap di seberang sempadan.
Sumber:https://www.utusan.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa guna perkataan ekspoitasi? negatif sangat bunyinya sedangkan tuan punya diri pun dapat banyak manfaat juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sheol ni memang model kan dulu, wajah dia yg unique dgn lakonan mantap memang membuahkan hasil. Punyalah ramai international fans yg suka dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
apo pulak eksploit. Bukan dia buat benda tu free pon. Lagipun dia memang asal model, takde la pelik sangat kalau jadi duta barang high-end gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Term 'ekspoitasi' tu tak sesuai la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|