CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3049|Reply: 1

[Pulau Pinang] Wanita OKU maut dalam kebakaran

[Copy link]
Post time 8-10-2021 09:17 PM | Show all posts |Read mode
Wanita OKU maut dalam kebakaran [size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
[email protected]


ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran rumah kedai di Jalan Krian, di sini, yang menyebabkan seorang mangsa dipercayai wanita OKU meninggal dunia. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI



Georgetown: "Memang penduduk di sini mengenali mangsa yang sudah dua tahun bekerja sebagai pelayan di pusat karaoke dan tinggal seorang diri di bahagian atas premis berkenaan.

"Difahamkan ketika kejadian, majikan meminta mangsa lari menyelamatkan diri, namun mungkin keadaannya yang berstatus orang kurang upaya (OKU) menyebabkan dia tidak dapat keluar dari premis itu."

Demikian kata lelaki enggan dikenali mengenai kenalannya iaitu seorang wanita OKU cacat kaki yang ditemukan maut dalam kebakaran rumah kedai di Jalan Krian, di sini, hari ini.

Lelaki terbabit berkata, mangsa berusia 41 tahun itu berasal dari Sabah dan kini tidak bekerja susulan premis hiburan tidak dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, A'azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 3.54 petang.

Katanya, kerja menyelamat membabitkan anggota dari BBP Lebuh Pantai, BBP Paya Terubong dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.

"Ketika tiba di lokasi, didapati berlaku kebakaran di dua lot premis yang bahagian bawahnya menempatkan pusat karaoke manakala bahagian atas dijadikan bilik penempatan.

"Terdapat empat bilik di bahagian atas dan mayat mangsa dipercayai OKU ditemukan di bilik pertama dalam keadaan terbaring di atas katil.

"Mangsa dikenal pasti sebagai OKU berdasarkan penemuan kerusi roda dan tongkat dipercayai miliknya," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

A'azelan berkata, kerja memadamkan api dan mengeluarkan mayat mangsa berdepan kesukaran berikutan asap tebal dan premis itu hanya mempunyai satu tangga sahaja.

Beliau berkata, bahagian atas premis yang dilapisi papan menyebabkan api marak dengan cepat dan mangsa mungkin terhidu asap lalu pengsan sebelum meninggal dunia.

Katanya, punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut.




Disiarkan pada: Oktober 8, 2021 @ 6:42pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2021 09:18 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.922681 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list