CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2056|Reply: 1

[Pulau Pinang] Bedah siasat ahli perniagaan dilakukan petang ini

[Copy link]
Post time 6-10-2021 11:55 AM | Show all posts |Read mode
Bedah siasat ahli perniagaan dilakukan petang ini[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
[email protected]




Georgetown: Bedah siasat terhadap individu bergelar Datuk yang maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 unit kondominium di Jalan Kelawei, Pulau Tikus, di sini, semalam, dijangka dilakukan petang ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, bedah siasat dijangka dilakukan pada jam 2.30 petang ini.

"Sekiranya tiada sebarang perubahan (waktu)," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan mayat lelaki berusia 53 tahun yang juga ahli perniagaan sebuah syarikat pemaju hartanah itu ditemukan berhampiran kolam renang dalam keadaan cedera parah.

Polis mengesahkan menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 5.20 pagi.

Mangsa adalah saksi pendakwaan utama kes projek mega pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang serta pernah memberi keterangan di mahkamah sebelum ini.

Difahamkan mangsa tinggal bersama isteri serta dua anaknya masing-masing lelaki dan perempuan di unit kondominium itu.


Disiarkan pada: Oktober 6, 2021 @ 10:57am






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2021 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa adalah saksi pendakwaan utama kes projek mega pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang serta pernah memberi keterangan di mahkamah sebelum ini.

Terjatuh, bunuh diri atau dibunuh???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.050319 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list