CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1329|Reply: 0

Priyanka Chopra tak putus asa nak jadi penyanyi

[Copy link]
Post time 21-9-2021 02:06 PM | Show all posts |Read mode

PRIYANKA CHOPRA


Priyanka Chopra tak putus asa nak jadi penyanyi

SELAIN dikenali sebagai aktres, pelakon Priyanka Chopra juga dikenali sebagai penerbit filem, penulis serta usahawan produk penjagaan kecantikan diri yang berjaya.

Boleh dikatakan, semua bidang yang diceburi bekas pemenang ratu cantik dunia itu menuai kejayaan dan berkembang dengan jayanya.

Bagaimanapun, cuma bidang nyanyian sahaja masih tidak berpihak pada wanita jelita itu walaupun suatu ketika dahulu, dia pernah muncul dengan sebuah single berjudul In My City (2012).

Biarpun single pertamanya itu mendapat kolaborasi bersama penyanyi rap terkenal, Pitbull, Priyanka dilihat gagal untuk meraih kejayaan dalam bidang seni suara.

“Saya memang suka melakukan apa sahaja dan sanggup mengorbankan banyak tenaga dan masa terhadap perkara yang saya lakukan.

“Tapi saya juga adalah manusia biasa dan berdepan dengan kegagalan. Contohnya kerjaya saya dalam bidang muzik,” ujarnya.

Biarpun nyanyian tidak berpihak kepadanya, Priyanka tidak pernah mengalah dan masih mencari ‘ramuan’ terbaik untuk menjadi seorang penyanyi.

Bahkan, Pitbull sendiri dalam satu temu bual bersama Hindustan Times mengakui bahawa Priyanka seorang penyanyi yang baik dan gembira apabila dapat bekerjasama dengannya.

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.036827 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list