View: 1532|Reply: 2
|
Hak penjagaan anak Brad Pitt, Angelina Jolie belum selesai
[Copy link]
|
|
Hak penjagaan anak Brad Pitt, Angelina Jolie belum selesai
KES perceraian Angelina Jolie dan Brad Pitt masih belum dimuktamadkan khususnya dalam hak penjagaan anak. – AFP
LOS ANGELES: Kisah perce-raian Angelina Jolie dan Brad Pitt masih tergantung sehingga sekarang disebabkan pasangan itu belum mencapai persetujuan mengenai hak penjagaan anak.
Sejak berkahwin pada 2014, pasangan ‘Brangelina’ itu dikurniakan cahaya mata, Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, Vivienne dan Knox.
Maddox, Zahara dan Pax me-rupakan anak angkat yang diambil dari rumah penjagaan anak yatim di Kemboja, Ethiopia dan Vietnam manakala tiga yang lain adalah anak kandung mereka.
Mirror melaporkan, pasa-ngan itu menghabiskan AS$1 juta (RM4.19 juta) bagi bayaran yuran guaman sejak Angelina memfailkan perceraian, September 2016.
Selebriti Hollywood berusia 46 tahun itu berusaha mendapatkan hak penjagaan sepenuhnya sejak lima tahun lalu, namun ditentang oleh Brad.
Baru-baru ini, satu dokumen mendedahkan pelakon utama Maleficent itu ingin memberi keterangan mengenai tuduhan penderaan terhadap Brad.
Dia memfailkan petisyen ke mahkamah untuk mengemukakan bukti menyokong dakwaan mengenai Brad ‘menye-rang’ Maddox, ketika keluarga itu mengambil penerbangan peribadi pulang dari Perancis beberapa hari sebelum tuntutan perceraian dikemukakan.
Bagaimanapun Brad yang pernah merangkul Anugerah Oscar pertama menerusi filem Once Upon A Time in Hollywood 2019 menafikan tuduhan tersebut dan tidak ditangkap atau didakwa bagi sebarang isu penderaan.
Selepas pasangan itu berpisah, Angelina yang pernah berkahwin dengan Jonny Lee Miller (1996-1999) dan Billy Bob Thornton (2000-2003) dilaporkan masih hidup bersendirian.
Sumber:https://www.utusan.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Well nak sgt pempuan saiko kan... |
|
|
|
|
|
|
|
waktu tak kawen aman2 je, pas kawen pulak jadi memacam |
|
|
|
|
|
|
| |
|