CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1183|Reply: 0

[Borneo] Shafie Apdal: Sarawak begitu bernasib baik

[Copy link]
Post time 20-9-2021 01:26 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Presiden Warisan Datuk Seri  Mohd Shafie Apdal berkata Sarawak begitu bernasib baik kerana tidak mempunyai terlalu banyak parti politik dari Semenanjung Malaysia.

“Sarawak diperintah oleh parti tempatan  — PBB, SUPP — sementara Sabah begitu berpecah. Ia bukan hanya di pihak parti pemerintah, tetapi juga pembangkang,” katanya dalam satu temu bual dengan The Vibes.

Sarawak sebenarnya diperintah oleh GPS yang terdiri daripada PBB, PRS, SUPP dan PDP.

“Jadi  agak sesak di sini. Kelihatan juga perpecahan dalam kalangan penduduk Sabah berbanding Sarawak,” kata bekas Ketua Menteri Sabah itu.

Beliau ditanya soalan bahawa Malaysia Timur terus memainkan peranan penting dalam politik nasional dan untuk sekian lama menjadi bank undi Barisan Nasional, tetapi ia tidak menggunakan kelebihannya.

“Sarawak lebih kukuh dari segi perpaduannya — ia mempunyai blok yang besar, dan ia dapat membuat keputusan secara konsensus, sementara di Sabah terdapat perpecahan. Ia akan mengambil sedikit masa, tetapi saya percaya kami dapat bersatu,” katanya.

Shafie berkata, rakyat Sabah mahu melihat kepemimpinan yang kuat yang mampu menyatukan mereka.

“Kepercayaan merupakan faktor utama,” tegasnya lagi.

Ditanya, adakah mengamalkan model politik Sarawak dapat menstabilkan keadaan politik di Sabah, Shafie berkata, itu bukan caranya.

“Saya perlu memperkuk asasas di Sabah. Ketika ini, ia tidak begitu memadai. Saya perlu memperkukuh sokongan dari kawasan pedalaman Sabah. Ketika saya menjadi Ketua Menteri Sabah, saya telah pastikan saya menjadi Ketua Menteri untuk semua penduduk Sabah,” katanya.

“Cabarannya adalah membina kepercayaan, yang tentunya memakan sedikit waktu,” jelasnya lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.186904 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list