Menerusi satu hantaran di Media Sosial bintang tersebut, Pogba jelas kelihatan sedang memegang alat kawalan jauh dan kelihatan gambar kartun Omar & Hana versi Bahasa Inggeris terpapar di kaca TV beliau.
Omar & Hana merupakan animasi kartun berunsurkan Islamik yang dihasilkan oleh syarikat animasi Malaysia, Digital Durian.
Digital Durian merupakan antara peneraju syarikat animasi dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam menghasilkan isi kandungan berilmiah untuk tatapan anak-anak bersama ibu-bapa.
Menaikkan Lagi Status Omar & Hana
Hantaran berkaitan kartun Omar & Hana oleh pemain bola sepak dunia dengan jumlah pengikut melebihi 73 juta pengikut ini secara tidak langsung menaikkan lagi status kartun Omar & Hana untuk pasaran antarabangsa.
Omar & Hana yang mempunyai peminat bukan sahaja di Malaysia bahkan di serata dunia baru-baru ini telah mencapai 5 juta peminat di YouTube Malaysia dan hampir 1 juta peminat di YouTube English.
Sumber:
https://murai.my