CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1862|Reply: 1

Pernah Hidup Susah Sebelum Berjaya Dalam Kerjaya Seni

[Copy link]
Post time 17-9-2021 11:37 AM | Show all posts |Read mode
8 Artis Hollwood Pernah Hidup Susah Sebelum Berjaya Dalam Kerjaya Seni


Jangan sangka semua selebriti terkenal dunia yang berjaya dalam kerjaya mereka ini, datang dari latar belakang yang kaya-raya dan berstatus dalam industri hiburan.

Rata-rata ramai di kalangan selebriti terkenal di hollywood, pernah mengharungi hidup yang susah hingga terpaksa berumahkan jalan di kaki lima. Ingin tahu siapakah selebriti yang pernah hidup susah, jom lihat di bawah!

#1 Leonardo DiCaprio


Siapa sangka aktor berbakat ini sebenarnya membesar dalam kemiskinan, oleh kerana kedaifan hidup semasa muda membuatkan aktor ini berazam untuk berjaya di hollywood.

#2 Jennifer Lopez

Penyanyi jelita pernah menghabiskan masa mudanya menjadi orang gelandangan pada usia 18 tahun, Jennifer yang memilih menceburi bidang tarian daripada pendidikan tidak mendapat restu ibunya dan di usia muda Jennifer sering tidur di studio tarian.

#3 Joaquin Phoenix

Salah seorang aktor veteran di hollywood ini juga pernah melalui zaman mudanya hidup susah dan serba daif bersama adik-beradiknya hinggakan terpaksa menjadi artis jalanan sebagai sumber rezeki harian.

#4 Eminem

Dibesarkan dalam keluarga ibu tunggal penyanyi rapper terkenal dunia ini mempunyai zaman kanak-kanak yang tidak seindah remaja lain, tetapi dirinya tidak berputus asa dan akhirnya berjaya menjadi penyanyi rapper terkenal.

#5 Chris Pratt

Sebelum menjadi pelakon yang berjaya Chris Pratt pernah menjadi orang gelandangan dan kadang-kala menetap di dalam vannya selama beberapa waktu.

Ingin keluar dari kepompong hidup yang tidak berumah, Chris memutuskan untuk berlakon dan akhirnya berjaya dalam bidang lakonan setelah berlakon dalam filem ‘Cursed: Part III’ pada tahun 2000.

#6 Nicki Minaj

Selain lahir dalam keluarga yang serba miskin, penyanyi ini juga pernah menderita didera oleh bapanya yang terjebak dengan dadah.

#7 Selena Gomez


Selena membesar dengan melihat pengorbanan ibunya yang bersusah payah membesarkannya pada ketika ibunya masih muda, dari situ penyanyi ini nekad untuk berjaya dan meluahkan rasa bangga terhadap pengorbanan yang dilakukan ibunya itu.

#8 Justin Bieber

Justin Bieber juga membesar dalam serba kemiskinan, dan rumah yang didiami bersama keluarga di Kanada suatu ketika dulu penuh dengan tikus dan banyak perangkap tikus telah dipasang dirumah.

Tak sangkakan artis yang dilihat popular sebenarnya juga pernah melalui kesukaran, kemiskinan dan kedaifan kehidupan sebelum berjaya dan menjadi terkenal di hollywood.



Sumber:https://murai.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2021 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yang sampai makan tisu cicah kuah roti canai ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.190773 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list