View: 1723|Reply: 3
|
Andrew Garfield tak mengaku berlakon dalam filem baru 'Spider-Man'
[Copy link]
|
|
Andrew Garfield tak mengaku berlakon dalam filem baru 'Spider-Man'
Andrew Garfield (dari kiri) Tom Holland (tengah) dan Tobey Maguire. FOTO AGENSI
Los Angeles: Pelakon Andrew Garfield menafikan dan menepis tegas khabar angin mendakwa kemunculannya beraksi di dalam filem Spider-Man: No Way Home.
Garfield yang menjawab soalan Jimmy Fallon berkenaan khabar angin hangat itu berkata, fotonya yang konon terbabit dalam filem Spider-Man: No Way Home berkenaan dan tular di internet adalah tidak benar.
"Saya tidak yakin mengenai hal itu (foto tular)," katanya.
Biarpun terus diasak oleh Fallon, Garfield tetap memberikan jawapan sama.
"Saya mengetahui tentang (foto) itu, dan saya sudah melihatnya, ia (hasil edit) photoshop," katanya dalam video The Tonight Show Starring Jimmy Fallon, semalam.
Garfield juga mengakui dia sudah melihat 'trailer' Spider-Man: No Way Home. Dia sangat teruja dan merasakan bahawa Tom Holland adalah aktor yang tepat untuk membawa watak Peter Parker.
Terdahulu, beberapa gambar yang memperlihatkan Garfield dan Tobey Maguire mengenakan kostum Spider-Man beredar tular di Internet.
Mereka berdua kelihatan berbincang di sebuah tempat. Justeru, ia memperkuatkan lagi andaian bahawa kedua-dua pelakon hebat itu akan kembali membintangi watak sebagai Spider-Man dalam Spider-Man: No Way Home.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada logicnya jugak pasal ikut trailer Tom mintak tolong dengan Strange utk cast spell cam return back to normal tapi ada side effect maybe ala2 movie into spider verse mungkin diorang cross over mana tau kan .. kemain memandai je aku punya statement... |
|
|
|
|
|
|
|
Memang dia dgn maguire ada dlm no way home kan. Dr strange punya spell tu buka multiverse, and semua versi spidey ada, kalau tak silap miles morales pun ada. Hujung trailer kan doc ock kata hello peter. Mesti dia menghellokan si tobey, dia mana kenal holland. Garfield nnt lawan green gobli n, holland maybe mysterio lagi kut.
Kalau ikutkan dr. strange 2 lagi misteri. sampai ke sudah takde langsung gambar dari set multiverse of madness. |
|
|
|
|
|
|
|
buragazz replied at 15-9-2021 07:14 PM
Ada logicnya jugak pasal ikut trailer Tom mintak tolong dengan Strange utk cast spell cam return bac ...
Betul lah tu rasanya. Pernah terbaca miles morales, spider pig etc dari into the spider-verse pun akan ada. |
|
|
|
|
|
|
| |
|