CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1639|Reply: 4

Penerbit Aquaman 2 Tidak Akan Beri Reaksi Terhadap Tekanan Peminat

[Copy link]
Post time 9-9-2021 09:11 PM | Show all posts |Read mode
Penerbit Aquaman 2 Tidak Akan ‘Tunduk’ Pada Peminat Untuk Memecat Amber Heard


Penerbit filem Aquaman 2, Peter Safran tidak akan tunduk terhadap tekanan peminat untuk memecat Amber Heard dari filem tersebut.

Tidak Akan Beri Reaksi Terhadap Tekanan Peminat
Menurut Deadline, pengarah itu memberitahu mengenai beberapa permintaan peminat Johnny Depp agar Amber dapat dipecat. Permintaan itu mula muncul setelah pengarahnya, James Wan mengumumkan pada Jun lalu mengenai tajuk filem tersebut , Aquaman and the Lost Kingdom.

“Saya tidak merasakan kami akan memberi reaksi balas terhadap tekanan peminat. Anda harus melakukan yang terbaik untuk filem ini” – ujar Peter dalam sebuah petikan


Peter Tidak Sedar Reaksi Peminat Terhadap Amber Heard
Peter  turut menambah bahawa dia tidak menyedari akan reaksi peminat terhadap Amber  atau orang lain yang bekerja untuk filem itu.

“Seseorang tidak menyedari apa yang sedang terjadi dalam Twitter, tetapi itu tidak bermaksud anda harus memberi reaksi atau menganggapnya sebagai suci atau akur dengan kehendak mereka.” kata nya lagi


Petisyen untuk memecat Amber oleh peminat Johnny  bermula setelah pasangan yang pernah berkahwin ini bertelingkah ketika saman fitnah Johnny terhadap The Sun di UK tahun lalu. Mahkamah turut menolak tuntutan Johnny  dan memutuskan untuk menyokong penerbitan itu yang melabelkanya sebagai “kaki pukul isteri”.

Pada bulan November, setelah keputusan mahkamah dikeluarkan, Warner Bros meminta Johnny untuk melepaskan wataknya sebagai Grindelwald dalam filem Fantastic Beast and Where to Find Them 3 yang akan datang, yang mana turut dipersetujui oleh pelakon itu.

Sumber:https://murai.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2021 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosan lah tgk amber ni berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 12-9-2021 04:07 PM

Bongkak nye, mcm ler Amber tu pelakon hebat, berlakon pun asyik nak control lawa je, keras kayu. Harapkan muka je lawa. Tak dinafikan dia lawa, dgn rambut merah tu lagi stand out tapi perlu ke nak control lawa sbb dah mmg lawa pun, rasa rimas pulak tgk. Iols setakat cukup tgk kat tv je ler, hero pun nampak kepam je malas keluar duit pegi cinema, takde tarikan pun

Tarikan cuma bab iols suka filem superheroes, tu je tapi tak semua rasa nak layan ler, cth mcm Spiderman tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 11:02 AM | Show all posts
Jdnya akan diboikot ke filem ni? Sales pn drop?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 11:38 AM | Show all posts
amber ni bukan pandai berlakon pun. paling tak boleh blah masa dlm Justice League yg Zack Snyder tu, watak Mera tu cakap slang English. tp versi James Wan ckp slang american plak. tp mmg hauk english accent die,  nsb baikla die muncul beberapa minit je dlm JL tu. kalau dlm aquaman die teruskan dgn english accent die yg hauk tu mmg bakalan dihencap minah ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.045073 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list