View: 1920|Reply: 2
|
Papan iklan BTS didakwa promosi aktiviti gay
[Copy link]
|
|
Papan iklan yang menampilkan Jungkook dinaikkan di sebuah bandar di Pakistan oleh salah seorang peminat sempena hari lahirnya pada 1 September lalu. - Twitter
Papan iklan BTS didakwa promosi aktiviti gay
ISLAMABAD, Pakistan – Sebuah papan iklan yang menampilkan seorang anggota kumpulan muzik pop Korea Selatan, BTS telah diturunkan kerana didakwa mempromosikan aktiviti homoseksual, lapor portal Dawn News semalam.
Papan iklan yang dinaikkan oleh salah seorang peminat Jungkook BTS itu adalah bagi meraikan hari lahir penyanyi itu pada 1 September lepas dengan kebenaran Dewan Perniagaan Gujranwala.
Bagaimanapun, selepas beberapa jam dinaikkan, papan iklan itu diarah untuk diturunkan selepas seorang anggota parti politik Islam, Jamaat-e-Islami menyuarakan bantahan.
Papan iklan tersebut sepatutnya kekal di lokasi tersebut selama dua hari.
“Kami menerima banyak rungutan daripada masyarakat setempat yang mengatakan BTS mempunyai pengaruh negatif ke atas golongan muda di sini.
“Ada yang mendakwa kumpulan ini mempromosi dan menyokong aktiviti homoseksual. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” ujar salah seorang ahli politik, Furqan Aziz Butt.
Tambah Furqan, papan iklan itu juga tidak mendatangkan sebarang faedah buat penduduk setempat kerana BTS tidak menjual atau memiliki sebarang produk di Pakistan. – Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
Social media applications provide the possibility of on-line paintings and give the chance for humans to offer their products and services on-line. Selling these products and retaining the efficiency of the services is extraordinarily essential,Smmcrown india however the advertising of those offerings on social media programs is likewise mandatory. Marketing makes it possible for on-line offerings to reach out to the wider spectrum and gain the desired target audience. Social media advertising and marketing panel makes it possible for this online enterprise to acquire the required momentum in the form of extended likes, tweets, and views. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak sungguh duit deme army ni
buat pelbagai benda untuk behday idolaaa
kalau dengan mak pak siblings entah celebrate ke idok
kang deme ni kawen mula la meroyan memasing
*sambil side eye sepupu iol* |
|
|
|
|
|
|
| |
|