CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1097|Reply: 0

Ronaldo perlu pandu Bugatti pada kelajuan 30 kilometer sejam

[Copy link]
Post time 7-9-2021 07:26 PM | Show all posts |Read mode

Ronaldo perlu mengikut undang-undang had laju di kawasan perkampungan yang menjadi lokasi kediaman baharunya di England. - BackGrid

Ronaldo perlu pandu Bugatti pada kelajuan 30 kilometer sejam

LONDON – Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo mungkin terpaksa melupakan hobinya yang gemar memandu kereta sport mewah secara laju di kawasan kediaman baharunya kerana perlu mematuhi had laju yang ditetapkan iaitu 30 kilometer sejam, lapor akhbar The Sun semalam.

Ronaldo dilaporkan baru berpindah ke sebuah rumah agam berharga £6 juta (RM34.5 juta) di Cheshire, England selepas terbang ke negara itu pada minggu lepas sebaik menyertai pasukan Manchester United.

Kediaman baharunya menempatkan koleksi kereta sport mewah miliknya termasuk Ferrari Monza, Bugatti Chiron dan Bugatti Veyron Grand Sport dengan nilai keseluruhan  £17 juta (RM97.7 juta) dan  kesemuanya berupaya mencatat kelajuan lebih 300 kilometer sejam.

Bagaimanapun, majlis daerah di kawasan perkampungan Alderley Edge yang menjadi tempat tinggal baharu Ronaldo menetapkan bahawa had laju di kawasan tersebut hanyalah 30 km sejam.

Menurut seorang sumber, undang-undang tersebut akan memberi kesan kepada hobi bintang bola sepak itu yang gemar memandu laju.

“Ronaldo amat sayang akan kereta-keretanya dan sering memandu dengan laju untuk menunjukkan kehebatannya.

“Bagaimanapun, memandu sebuah Lamborghini pada kelajuan 30 km sejam bukanlah sesuatu yang hebat,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, tambah sumber tersebut, perkampungan Alderley Edge sebelum ini sering menjadi lokasi kepada  pemilik kereta sport mewah untuk memandu dengan laju dan mempamerkan kehebatan mereka.

Keadaan itu telah menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan penduduk setempat, lantas mereka membuat aduan kepada pihak majlis daerah.

“Kami komited untuk mengurangkan had laju,” kata Majlis Daerah Timur Cheshire. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.059355 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list