CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1384|Reply: 1

Raikkonen umum persaraan

[Copy link]
Post time 5-9-2021 07:07 AM | Show all posts |Read mode
Paris: Bekas juara dunia Kimi Raikkonen mengumumkan akan bersara daripada Formula Satu pada penghujung musim ini selepas 20 tahun terbabit dalam sukan itu.

Pelumba Finland berusia 41 tahun itu hanya meraih dua mata tahun ini untuk pasukan Alfa Romeo.

Dia muncul juara dunia pada 2007 ketika berlumba untuk Ferrari selepas mengatasi dua pelumba McLaren ketika itu, Fernando Alonso dan Lewis Hamilton dengan satu mata.

"Sudah tiba masanya. Ini musim terakhir saya di Formula Satu," kata Raikkonen dalam kenyataan di Instagram.

"Keputusan ini sebenarnya diambil pada musim sejuk lalu. Ia bukan keputusan mudah tetapi selepas musim ini, tiba masanya untuk perkara baharu.''

Dia memegang rekod penyertaan F1 terbanyak dengan 344 dan 21 kemenangan Grand Prix selain 18 petak pertama dan 103 penamat podium.

Raikkonen tampil kali pertama di F1 bersama Sauber pada 2001 sebelum cemerlang ketika lima tahun bersama McLaren dengan menjuarai sembilan perlumbaan pada 2005 dan menduduki tempat kedua dalam carta pemandu di belakang Alonso.

Kemuncak kejayaannnya dua tahun kemudian apabila muncul juara dunia bersama Ferrari.

"Walaupun musim ini masih berlangsung, saya ucapkan terima kasih kepada keluarga, pasukan, semua yang terbabit dalam karier saya terutamanya penyokong yang sentiasa memberi sokongan kepada saya,'' kata Raikkonen yang gelarannya 'The Iceman'. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2021 07:16 AM | Show all posts

RAIKKONEN bekas juara dunia F1.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.256381 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list