CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14781|Reply: 25

[Tempatan] Kerana malu nak jumpa pakar, ramai pilih rawatan meng 'urut batin'

  [Copy link]
Post time 19-11-2023 12:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 19-11-2023 02:22 PM

Rata-rata lelaki sukar meluahkan masalah membabitkan seksualiti, iaitu mati pucuk (ED) dianggap taboo untuk diceritakan, mengaibkan dan meninggalkan kesan kurang keyakinan apabila bersama pasangan.

Justeru, kebanyakan pesakit ED lebih gemar mendapatkan rawatan alternatif seperti urutan batin dan sebagainya.

ED ditakrifkan sebagai ketidakupayaan secara berterusan lelaki mencapai dan mengekalkan ereksi mencukupi bagi memastikan prestasi seksual memuaskan.

Masalah seksual paling kerap dilaporkan kepada doktor dengan kira-kira 30 juta lelaki di seluruh dunia berdepan isu itu.

Menurut Perunding Urologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Zulkifli Md Zainuddin, berkata kebanyakan pesakit ED yang berjumpa doktor dianggap sudah terlambat bukan dari sudut mendapatkan rawatan, malah juga dalam perhubungan bersama pasangannya.

Katanya, kebanyakan datang sudah berada dalam fasa perceraian, tekanan dan berdepan dengan masalah perhubungan, malah lebih memeranjatkan ada yang usia muda.

Namun, dari sudut positif, terdapat juga peningkatan pesakit datang bersama pasangan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai ED.

"Kebanyakan pesakit ED babitkan mereka mempunyai masalah kesihatan terutama kencing manis atau sakit jantung, obesiti, tekanan darah tinggi dan testosteron rendah.

"Selain itu, tekanan dan masalah kesihatan mental turut dibimbangi menjadi punca ED, bahkan berupaya memburukkan lagi masalah ED.


"Kadangkala, ED turut berlaku apabila pesakit berdepan kedua-dua masalah fizikal dan psikologi serentak.

"Disebabkan itu kita tidak menggalakkan pesakit ED ini mendapatkan rawatan alternatif, tetapi mendapatkan rawatan daripada pakar menggunakan beberapa kaedah bersesuaian dengan pesakit," katanya.

Tanda wujud masalah ED
Dr Zulkifli berkata, terdapat tanda-tanda awal seseorang itu berdepan masalah ED, iaitu sukar untuk mengekalkan ereksi.

"Jadi mereka ini perlu segera berjumpa pengamal perubatan supaya dapat membantu pada peringkat awal lagi.

"Namun, jangan anggap sekali rawatan, sudah membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya rawatan bersesuaian perlu diteruskan dan mentaliti perlu sentiasa positif.

"Oleh itu, dapatkan rawatan kerana ia juga berkait dengan masalah kardiovaskular dan masalah kesihatan umum yang lain.

"Lelaki jangan malu menyatakan masalah dan mendapat rawatan jika rasa ada yang tidak kena dalam perhubungan dengan pasangan," katanya.

Kemurungan kerana masalah ED
Kaunselor dan ahli terapi seks, Chan Fun Shin, menyenaraikan tekanan, kemurungan, perhubungan bermasalah dan keyakinan diri rendah boleh dikaitkan dengan masalah ED.

"Tidak dinafikan, majoriti lelaki memang berhadapan dengan masalah ED ini, tetapi kebanyakan menganggap hanya dideritai oleh golongan berusia.

"Sebenarnya, tidak kira usia walaupun anda berusia 80 tahun, masih boleh melakukan hubungan intim.

"Ada pelbagai kemajuan dan teknologi Setiap pasangan patut meluahkan apa yang mereka rasai untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan cuba belajar memastikan pasangan mendapat kepuasan," katanya.

Bagi Pengasas Jas Explains dan Sokongan Perhubungan Positif, Jasmine King, lelaki dan wanita berdepan dua situasi berbeza, iaitu wanita bimbang mengenai bentuk tubuhnya, manakala lelaki lebih memikirkan tahap kepuasan pasangannya.

Tinjauan turut mendedahkan 41.5 peratus responden memaklumkan enggan berjumpa dengan pengamal perubatan sekiranya menghidap ED.

Tinjauan itu membabitkan 107 rakyat Malaysia berumur 21 hingga 60 tahun, iaitu 53 lelaki dan 54 wanita dari kawasan Lembah Klang.

Walaupun tahap kesedaran dan kefahaman tinggi mengenai ED, mereka masih ragu-ragu mendapatkan bantuan profesional berkaitannya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2023 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelir keras
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2023 10:22 AM | Show all posts
0:23 - Vitamin D
1:27 - Vitamin B3
2:52 - Vitamin B9 (Folic Acid)
3:39 - Vitamin C

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 10:58 AM | Show all posts
perasaan dok perlu malu saiyey
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Cium bibir
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 12:07 PM | Show all posts
..depa lebih prefer 'urut batin' sebab ada happy ending, full stop!..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2023 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
capwayang replied at 19-11-2023 11:07 AM
..depa lebih prefer 'urut batin' sebab ada happy ending, full stop!..

ess ess rolling in his grave.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Gajus tersenyum sinis..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2023 11:13 PM | Show all posts
Pernah urut batin sakit nak mampos… serik
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 11:18 PM | Show all posts
Lepas ni gajus naik harga
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 11:49 PM | Show all posts
Berhenti merokok vape, amalkn gaya hidup sihat
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 11:50 PM | Show all posts
Adoi komen2 semua
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 01:54 AM | Show all posts
capwayang replied at 19-11-2023 04:07 AM
..depa lebih prefer 'urut batin' sebab ada happy ending, full stop!..

Uoulls semua nak tahu tak mana tempat paling aman di dunia ?
Masjid ? Surau ? Gereja ? Kuil ? Tokong ?
none at all.
tempat yang paling aman adalah di massage center
Cina Melayu India Islam Kristian Hindu Buddha takde gaduh2

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak tidur saya nanti
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada permintaaan, ada penawaran!
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 09:13 AM | Show all posts
5 tahun dulu ada kenal pakcik nie. dah la nak pencen dgn bertongkat lagi. sanggup habiskan RM1500 pergi urut zakar utk bagi kuat dan besar. dia kata mmg membesar 2 kali ganda...

I tanya knp nak besarkan? katanya, apa lagi nak tjk kehebatan seorg lelaki...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2023 04:01 PM | Show all posts
Edited by capwayang at 20-11-2023 04:02 PM
pokokmeranti replied at 20-11-2023 09:13 AM
5 tahun dulu ada kenal pakcik nie. dah la nak pencen dgn bertongkat lagi. sanggup habiskan RM1500 pe ...

..and nak fulfill 'kehendak' nafkah in the closet tu la. Iols categorize tukang urut batin ni as a Anu admirer atau fetish, dan dia tak semestinya homoseksual. Bila dia tawar khidmat tu dia akan dapat mengecapi kehendak fetish melihat, belek dan experimenting supaya keadaan yang kendur menjadi menegang dan berkembang berubah-ubah secara dekat dan intimate. Kalau yang mati pucuk boleh capai happy ending melalui urutan dari masseur tu for sure secara hush-hush dia akan repeat in future..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 05:23 PM | Show all posts
LadyCarefree replied at 19-11-2023 12:35 PM
ess ess rolling in his grave.

Ya Rabbi gelak besar iollsss



Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
capwayang replied at 20-11-2023 03:01 PM
..and nak fulfill 'kehendak' nafkah in the closet tu la. Iols categorize tukang urut batin ni as a  ...

In general kalau jenis urut2 ehem2 ni semua kaum dan bangsa pun ada kot. Yg tukang urut pun pelbagai sebab buat kerja tu kan? Tak kira lelaki atau pompan. Happy ending pon bnyk style. Asalkan tukang wurut dan sikena wurut setuju imbuhannya dan dua2 happy.
Tp xkanlah ess ess nak berhappy ending masa urut? Tak muna sabah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak keras 2 jam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.073852 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list