CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1238|Reply: 0

Nak benci saya? Silakan – Ayu Ting Ting

[Copy link]
Post time 26-8-2021 10:31 PM | Show all posts |Read mode

AYU TING TING

Nak benci saya? Silakan – Ayu Ting Ting

TERSENARAI sebagai antara selebriti paling popular di Indonesia, penyanyi dan pengacara Ayu Ting Ting bagaimanapun tidak terlepas daripada kontroversi sehingga membiakkan banyak kebencian dalam khalayak.

Memiliki sejumlah 48.6 juta pengikut dalam Instagram, kerjayanya dikatakan hampir musnah apabila diboikot masyarakat Indonesia yang ingin melihat kerjayanya jatuh.

Malah, sebuah petisyen yang dipanggil “Blacklist Ayu Ting Ting Dari Dunia Pertelevisian” juga telah diwujudkan oleh sekumpulan individu yang menggesa supaya pemilik nama lengkap Ayu Rosmalina diboikot daripada muncul dalam kaca televisyen.

Hanya dalam masa beberapa hari sahaja, ratusan ribu tandatangan berjaya dikumpul haters (pembenci) untuk memboikot kerjaya seni Ayu.

Persoalan yang mungkin tercetus, apakah alasan yang menjadi punca pelantun lagu Sambalado itu begitu dibenci masyarakat?

Lebih teruk lagi, segelintir peminatnya juga mula berpaling tadah ikut memboikot selebriti asal Jawa Barat itu.


SELEPAS membatalkan hasratnya untuk berkahwin pada saat-saat akhir sekitar Februari lalu bersama kekasihnya, Adit Jayusman, Ayu mengakui kini trauma untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

Kelakuan buruk

Petisyen tersebut dimulai oleh individu bernama Putri Maharani dalam laman web change.org yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan kebiadaban sikap Ayu menendang seorang tetamu dalam program kendaliannya, Brownies pada Januari 2019.

“Dia (Ayu) seorang idola yang tidak patut dicontohi kerana telah memperlihatkan kelakuan yang tidak baik kepada masyarakat,” ujar Putri.

Dalam program Brownies kendaliannya bersama, Ivan Gunawan dan Ruben Onsu itu, berlaku satu insiden menyaksikan Ayu menendang tetamu undangannya iaitu penyanyi, Andika daripada kumpulan Kangen Band.

Klip video pada tahun 2019 yang kembali tular membangkitkan semula rasa jelik netizen dan menganggap Ayu seorang yang buruk laku.

“Sikap yang buruk dan tidak menghargai orang lain. Ketika sedang bersiaran secara langsung sering memukul, menunjal kepala dan menendang dengan kaki tetamu undangannya.

“Malah perempuan itu (Ayu) selalu ketawa dengan suara yang kuat dan menjengkelkan. Cara duduknya juga tidak sopan,” kata salah seorang netizen dalam petisyen memboikot selebriti itu.

Akibatnya, ratusan ribu masyarakat Indonesia mula menyatakan sokongan terhadap petisyen yang ditubuhkan untuk menyenarai hitam nama Ayu daripada muncul dalam televisyen.

Sebagai reaksi terhadap kebencian ramai, mangsa tendangan Ayu, Andika tampil menjelaskan perbuatan tersebut sebenarnya gimik dan tidak ada apa-apa yang berlaku.

“Tiada apa-apa yang berlaku. Saya hanya duduk tiba-tiba Ayu datang itu sahaja,” katanya.




Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.035928 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list