View: 1495|Reply: 3
|
Teruknya perangai...Ron Jeremy rogol orang sejak 1996
[Copy link]
|
|
Jeremy ketika sesi perbicaraan atas tuduhan rogol dan serangan seksual di Pusat Keadilan Jenayah Clara Shortridge Foltz di Los Angeles, California pada 25 Jun 2020. -AFP
Bintang filem lucah didakwa kes rogol, serangan seksual
LOS ANGELES, California – Bintang porno, Ron Jeremy secara rasmi dituduh melakukan rogol atau serangan seksual terhadap 21 wanita dan gadis, kata pendakwa raya Amerika Syarikat semalam.
Jeremy yang membintangi lebih 1,700 filem lucah sejak tahun 1970-an, telah menjadi subjek tuduhan jenayah dalam industri tersebut selama bertahun-tahun.
Pada Jun 2020 dia dituduh merogol tiga wanita dan menyerang mangsa keempat secara seksual, manakala kemunculannya di sebuah mahkamah di Los Angeles membayangkan bahawa Jeremy bakal berdepan banyak tuduhan lain.
Tuduhan terhadap aktor filem lucah tersebut bermula pada tahun 1996 dan melibatkan 21 mangsa yang didakwa berumur antara 15 tahun hingga 51 tahun, kata pendakwa raya Los Angeles, George Gascon semalam.
Jeremy yang sebelum ini membuat pengakuan tidak bersalah, menyatakan perkara serupa dalam kenyataannya di laman Twitter sekali gus menafikan semua tuduhan terhadap dirinya.
Dia boleh dipenjara seumur hidup sekiranya didapati bersalah.
Pelakon berusia 68 tahun itu atau nama sebenarnya Ronald Jeremy Hyatt membintangi banyak filem dewasa termasuk yang popular.
Dia juga merupakan antara bintang filem lucah paling dikenali dalam kalangan orang awam. – AFP
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa muda mcm mana rupa pokcik ni..hot kah smpi boleh jadi pornstar |
|
|
|
|
|
|
|
Heols nieyh memang terang-terangan giler seks. Nampak ropa pervert tua. |
|
|
|
|
|
|
| |
|