View: 2783|Reply: 14
|
Viral gerai Nasi Lemak Kak Ja Gojes. Jual jugak kek premium. Sehari masak 40kg b
[Copy link]
|
|
mstar.com.my
Sedap sangat ke Kak Ja masak nasi lemak? Gerai belum buka, dah ramai sanggup beratur tunggu - “Dulu 3kg beras pun payah nak habis”
Jumaat, 20 Ogos 2021 7:00 AM
PENULARAN pandemik Covid-19 sejak tahun lalu membuatkan sebilangan besar individu yang kehilangan pekerjaan terpaksa mencari alternatif untuk meraih sumber pendapatan.
Pelbagai jenis pekerjaan dilakukan bagi menyara keluarga, antaranya ramai yang memilih untuk berniaga makanan secara kecil-kecilan di tepi jalan termasuklah wanita ini.
Menariknya, gerai nasi lemak yang diusahakannya di tepi jalan di Taman Sri Tanjung Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah, mempunyai tarikan tersendiri sehingga berderet pelanggan beratur setiap pagi.
Berkongsi rahsia, Aniza Ismail yang juga pemilik gerai Nasi Lemak Kak Ja Gojes berkata, dia menjual nasi lemak dengan harga yang cukup rendah dan langsung tidak berkira dari segi kuantiti demi kepuasan pelanggan.
"Nasi lemak yang saya jual sejak gerai ni wujud hampir dua tahun lalu, memang letak harga serendah RM1 sebungkus... telur separuh, ikan bilis dan sambal nak minta tambah tak ada masalah.
"Kalau nasi lemak berlauk pula hanya RM2 sehingga RM4. Ayam memang seekor potong 10 bahagian. Bagi saya, biarlah untung sikit-sikit sahaja, janji jual murah dan semua orang boleh makan.
Pelanggan sanggup beratur untuk membeli nasi lemak di gerai Aniza.
"Lebih-lebih lagi sekarang ni zaman pandemik Covid-19... ramai sangat orang yang terkesan. Jadi apa salahnya dalam kita berniaga, ada juga sesuatu yang dilakukan untuk membantu meringankan beban orang lain," ujar wanita berusia 37 tahun ini.
Menyingkap kembali perjalanan sebelum gerai Nasi Lemak Kak Ja Gojes dikenali ramai, Aniza berkata dia sebelum ini merupakan peniaga yang mengusahakan makanan di kantin sekolah.
"Tapi bila sekolah pun dah mula ditutup sebab Covid-19, terpaksa bekerja keras sebab saya merupakan ibu tunggal yang perlu membesarkan tiga cahaya mata.
"Jadi saya mula berniaga nasi lemak... mula-mula tu memang perit sangat. Saya mula dengan 3kg beras saja, itu pun payah nak habis. Namun saya cekalkan hati, meniaga juga walau tak balik modal.
"Alhamdulillah, berkat sabar, makin lama bertambah kepada 5kg, kemudian 10kg. Dan sekarang ni 40kg beras setiap hari. Syukur, ramai pelanggan lama dan baru, malah yang jauh pun ada.
"Sampai je dekat gerai pagi-pagi, orang dah beratur. Alhamdulillah. Selain nasi lemak berlauk, dekat gerai ni juga ada kuih-muih dekat 40 jenis yang diletak oleh orang lain. Dengan cara ini, secara tak langsung dapat membantu suri rumah jana pendapatan sampingan juga," ujar anak kedua daripada lima adik beradik ini.
Bagi saya, biarlah untung sikit-sikit sahaja, janji jual murah dan semua orang boleh makan.
ANIZA ISMAIL
Namun adat orang berniaga, pasti tidak lepas daripada ujian termasuklah Aniza.
Menurut wanita ini, beberapa hari lalu ada segelintir pihak yang menyebarkan fitnah di media sosial bagi menjatuhkan perniagaan yang diusahakan bersama adiknya.
"Saya bukan orang yang ambil tahu kisah di Facebook... namun tiba-tiba ada kawan beritahu gerai saya viral, sebab ada orang sebar kononnya kami sekeluarga positif Covid-19 namun masih berniaga.
"Bagi saya, kami sendiri akan beri kerjasama kepada pihak berkaitan jika benar. Gerai kami pun ikut SOP. Tapi biarlah pihak berwajib jalankan siasatan selepas saya buat laporan polis untuk bersihkan nama.
"Saya tak mahu gaduh-gaduh... kita ni sama-sama berniaga nak cari duit. Bagi saya, rezeki masing-masing. Percayalah urusan rezeki ini Allah yang tentukan," ujarnya lagi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
betul ke kak ja tu gojes? |
|
|
|
|
|
|
|
Takde gambar kak ja ke, nak tengok gak how gojes she is.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aik.. Gambar kek tu iols pnh nmpk kt fb tp tu seller kt alor star punya.. Bkn kt sp..
Dan seller kek tu xjual nasi lemak..
Ke mmg kak ja ni setting sama ngn seller kat as tu |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 20-8-2021 09:30 AM
Aik.. Gambar kek tu iols pnh nmpk kt fb tp tu seller kt alor star punya.. Bkn kt sp..
Dan seller ke ...
Haritu i nmpk ada warga fb komen bahaya terdedah gitu makanan tu sbb produk tenusu, sng bacteria masuk. Patut kena boh dlm fridge or at least bertutup. Takut keracunan makanan jah. I masa tgk gmbar tu x terfikir pasal tu sbb terliur sungguh tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian orang nak cari rezeki. Sibuk nak fitnah ja |
|
|
|
|
|
|
|
Gojes membawa maksud cantik dan menawan |
|
|
|
|
|
|
|
nmpk menarik kek2 tu... omaiiiii!! I am cake lover |
|
|
|
|
|
|
|
ni pasal kek
Buat Aniza Ismail kini beralih perniagaan makanan di gerai tepi jalan. Dia dan adiknya Noraida sama-sama berniaga untuk meraih pendapatan harian. Gerai ini bermula sejak Covid-19 melanda,kini telah dua tahun. Sebelum ini mereka berniaga di kantin sekolah dan kafe maktab perguruan.
“Semuanya akak buat sendiri bersama adik bongsu, Noraida. Saya menjual nasi lemak manakala adik mahir buat kek dan dia buat kek dengan citarasa hotel.Selain itu ada juga kuih-muih yang mak buat iaitu popia, karipap cucur badak dan cucur keria. Selebihnya banyak orang letak di gerai kami,”jelasnya |
|
|
|
|
|
|
|
sedap laaa pulakkkk nengok nya |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 20-8-2021 09:34 AM
Haritu i nmpk ada warga fb komen bahaya terdedah gitu makanan tu sbb produk tenusu, sng bacteria m ...
Aiols tengok tak bertutup camtu pun ngeri uols
Betul gak orang yg komen tu sbb produk tenusu camni cepat rosak kan |
|
|
|
|
|
|
|
kek nmpak menyelerakan tp letak tmpt tdedah gtu trus putus selera. tmbah klau mniaga tepi jalan. aduhai. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau masakan sedap, mahal mcm mana pun org akan cari...
kt tempat aku, ramai yg jual nasi lemak singgit, dekat2 lak satu sama lain,..tp masing2 ada kelebihan dan kekurangan...masing2 ada pelanggan diorg sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 20-8-2021 09:34 AM
Haritu i nmpk ada warga fb komen bahaya terdedah gitu makanan tu sbb produk tenusu, sng bacteria m ...
Pisang goreng jual terdedah macam tu pun i tak beli sis....geli |
|
|
|
|
|
|
|
Jual murah tapi kuantiti jual besar...kat tempat i ada abang ni jual nasi kukus ayam dia 1/4 harga rm7 aje... Beratur org membeli, kdg lambat skit dah habis....sehari entah brp bungkus nasi dia jual tak tau la..
Dulu ada abang meniaga bawah pokok ceri nasi kukus ayam potong 8 tapi rege RM7 juga...kalau makan tak order air dia tapi order air kelapa or tebu uncle india sebelah warung dia, nasi jadi rm8 pulak.... Terus i tak dtg lagi... Ni dh lama pkp tak tau la nasib abang kedekut tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|