CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1508|Reply: 2

Kasmaran cinta Rihanna si bilionair kosmetik

[Copy link]
Post time 19-8-2021 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Raline at 19-8-2021 11:10 AM

Kasmaran cinta Rihanna si bilionair kosmetik


RIHANNA

DIA Rihanna dan realitinya, dia juga pemilik harta yang menimbun.

Ya, Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty yang mula dikenali menerusi single debut, Pon de Replay, 15 tahun dahulu kini seorang bilionair dengan nilai aset dianggarkan berjumlah AS$1.7 bilion (RM7.14 bilion).

Ironi, kekayaan yang diraihnya kebanyakan bukan berpunca daripada karier muzik tetapi datang dari tuah jenama kosmetik yang diasaskannya sejak 2017, Fenty Beauty.

Jenama kosmetik tersebut merupakan antara kegilaan ramai, khususnya golongan wanita di seluruh dunia.




Rihanna merupakan penghibur kedua terkaya dunia selepas personaliti televisyen tersohor, Oprah Winfrey.
Buat khalayak yang bukan penjunjung tegar karya muziknya, satu perkara tentang Rihanna, dia seorang individu ‘langgar’ apa sahaja.

Dia tidak kisah dengan pandangan jelik sekeliling, dia buat apa yang terdetik mahu dilakukan. Dia tahu apa yang dimahukannya dalam kehidupan dan itu merupakan peribadi seorang bakal bilionair dan itulah dirinya sekarang.

“Adalah sangat menarik mengenang kembali kehidupan lampau anda dan mampu untuk melihat semua yang telah berlaku sebagai pengajaran, bukan penyesalan,” ujar pelantun lagu Umbrella itu dalam satu wawancara bersama media antarabangsa baru-baru ini.

Bilionair

Lapor majalah Forbes, Rihanna merupakan penghibur kedua terkaya di dunia selepas personaliti televisyen terkemuka, Oprah Winfrey. Pernah suatu ketika sekitar 2019, dia ditanya tentang kekayaan drastik yang dimilikinya.

Rihanna berkata, walaupun sudah banyak wang, semua itu tidak menghalangnya daripada terus bekerja keras. Ternyata sikap tersebut satu realiti biarpun dia sudah bergelar bilionair.


Dilaporkan memiliki kekayaan berjumlah AS$1.7 bilion, kekayaan tersebut kebanyakannya diraihkan hasil daripada keuntungan jualan jenama kosmetiknya, Fenty Beauty.

“Saya tak pernah terfikir yang saya akan buat duit sebegini banyak. Saya umpamakan kerja keras seperti senaman dan itu adalah satu perkara yang sangat menyeronokkan,” ujarnya kepada CNBC.

Penyanyi yang pernah berdepan detik hitam ketika menjalin cinta dengan Chris Brown itu bangkit daripada episod luka. Dia berkembang menjadi antara wanita paling berpengaruh dunia.

“Ketika mula-mula menjadi artis, saya seorang yang sangat pemalu. Saya tahu siapa diri saya dan apa yang saya perjuangkan, namun saya bukan seorang yang banyak cakap.

“Dalam budaya Barbados, kami hanya bercakap hanya apabila orang bercakap dengan kita. Adalah menjadi satu perkara yang sopan untuk tidak terlalu buat bising.

“Saya ambil masa beberapa tahun untuk keluar dari budaya itu. Kini, saya banyak bercakap, namun berpada-pada,” katanya kepada majalah InStyle.

Mana album?

Berbicara tentang dunia muzik yang sudah lima tahun tanpa sebarang album, Rihanna ternyata mengecewakan ramai.

Obses dengan profesion sebagai seorang usahawan, Rihanna berkali-kali memberi harapan palsu kepada peminat bahawa diskografi terbaharunya barangkali ‘dalam perjalanan’, namun sudah setengah dekad, penantian tak kunjung tiba.

Tidak banyak perincian tentang album terbaharunya. Ada yang kata, album yang sepatutnya dilancarkan pada 2018 itu sebuah karya bernuansa reggae.

Untuk rekod, Rihanna merupakan penyanyi kedua wanita yang memiliki paling banyak lagu di kedudukan nombor satu dalam carta Billboard Hot 100 selepas Mariah Carey. Sudah tentu comeback dalam dunia seni merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu.


Pernah dikecewakan Chris Brown apabila dipukul lelaki berkenaan sehingga lebam di muka pada 2009, Rihanna membuktikan, hidup akan lebih bahagia andai tidak terlalu runsing tentang cinta.

“Saya selalu bekerja dengan muzik apabila saya sudah bersedia, saya sendiri akan mengeluarkannya kalau saya rasa sudah tiba waktunya.

“Kalian tidak akan merasa kecewa apabila hal itu berlaku. Semuanya akan berbaloi,” ujarnya dalam satu temu bual bersama Entertainment Tonight.

Terbaharu, kepada majalah Vogue, Rihanna berkata: “Saya tak boleh beritahu bila album itu akan keluar, tetapi sekarang saya sedang bekerja secara agresif untuk itu.”

Beberapa kali Rihanna ‘merobek’ hati peminat dengan berpura-pura ingin melancarkan album baharu.

Tulisnya dalam beberapa kenyataan rawak Instagram: “Me listening to R9 by myself and refusing to release it (saya mendengar R9 (album) dan tidak mahu melancarkannya. Saya penat dengan persoalan bila album baharu akan keluar.”

A$AP Rocky

Dalam soal hati, Rihanna memiliki sejarah yang panjang dengan lelaki. Dia pernah bercinta dengan Chris Brown sehingga dilukai secara fizikal dan mental, dia juga dikhabarkan pernah menjalin asmara dengan bilionair Arab Saudi, Hassan Jameel, namun terputus di tengah jalan.

Suatu ketika, Rihanna dikatakan pernah bercinta dengan Drake, namun hal tersebut dinafikan.

Terbaharu, Rihanna menjalin hubungan cinta dengan rapper terkenal, A$AP Rocky.


Rihanna kini dikhabarkan sedang mabuk cinta dengan penyanyi rap, A$AP Rocky. Hubungan yang bermula atas dasar kawan itu terus bercambah menjadi romantis.
“Biarpun tanpa pengesahan rasmi, Rocky akhirnya bersuara tentang khabar angin tersebut.

Kata Rocky, hubungan yang bermula atas dasar kawan itu bercambah menjadi kekasih. Rocky memaklumkan bahawa wanita itu adalah satu-satunya kekasih hati dalam hidupnya.

“Semua jadi lebih baik saat kamu memiliki satu-satunya orang yang dicintai. Dia (Rihanna) mungkin satu dalam sejuta,” ujarnya kepada majalah lelaki GQ.

Khabar kehangatan hubungan pasangan itu timbul selepas mereka dilihat bercuti bersama-sama dan saling berpegangan tangan ketika berada di Barbados.

Barangkali memilih untuk lebih berhati-hati dalam soal cinta, Rihanna masih belum ‘terlalu’ menghebohkan kasmaraannya dengan pelantun lagu Praise The Lord itu.

Sumber:https://www.kosmo.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2021 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Takkan yang dah setel 2 dos tak shoping2 jugak..pergi la jalan2 biar antivaks sakit hati..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 10:48 AM | Show all posts
"Berilah keistimewaan kepada mereka yang mendapat vaksin lengkap untuk kembali berniaga"

Penulis perlu faham, walaupun ada yang telah lengkap dua dos vaksin, tidak bermakna mereka selamat dari ancaman Covid-19. Kalau premis dibuka sekali pun, siapa yang mahu datang? Lebih ramai yang bimbang akan keselamatan diri.

Lihatlah contoh mudah di Perlis baru-baru ini ada rakyatnya yang beria-ria menunjukkan gambar boleh dine-in di restoran/kedai makan. Akibatnya apa? Beberapa hari kemudian, Perlis mencatatkan peningkatan kes dua angka.

Melihat pada trend itu, peniaga di Kelantan mengambil keputusan untuk menangguhkan dulu membenarkan pelanggan untuk dine-in meskipun kerajaan telah memberi keizinan untuk berbuat demikian. Begitu juga dengan negeri lain.

Tidaklah mengatakan satu negara ini perlu dilockdown sepanjang masa, tetapi carilah jalan lain untuk membantu para peniaga dari membuat keputusan yang boleh menyebabkan kes positif Covid-19 meningkat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.062960 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list