CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3712|Reply: 6

Business popcorn. Umur 23 tahun jualan cecah RM8 juta

[Copy link]
Post time 12-8-2021 09:58 AM | Show all posts |Read mode
hmetro.com.my
Usia 23 tahun raih 8 juta jualan, miliki kilang sendiri
Nurshafika Suhaimi
5-6 minutes

USIA bukan penghalang atau alasan seseorang untuk mencapai kejayaan. Buktinya, ramai anak muda hari ini mampu menjana pendapatan sehingga enam angka hanya daripada hasil titik peluh sendiri.

Namun, setiap kesenangan dan kejayaan tidak akan dapat dicapai dengan mudah tanpa usaha dan hasil kerja keras. Umpama menaiki tangga, selangkah demi selangkah kaki perlu diangkat untuk berada di puncak.

Begitulah ibarat sebuah kejayaan yang memerlukan banyak pengorbanan dan tenaga demi meraih kejayaan sebenar di kemudian hari.

Sama seperti yang dilalui oleh Mohamad Shazarul Ismail, pengasas jenama Eng's Popcorn yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

Ketika usianya baru mencecah 23 tahun, pemuda ni menerima pendapatan lumayan sehingga mencecah jualan tujuh angka hasil usaha kerasnya sendiri.

Pada awalnya, beliau bekerja di pasar pagi bersama bapa saudaranya dengan pendapatan RM900, akhirnya mengambil keputusan besar dengan mengubah kehidupan beliau demi keluarga tercinta.

Bukan mudah untuk berjaya



Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anak kelima dari lapan orang adik beradik tidak melanjutkan pelajaran atas faktor tertentu dan mula bekerja di pasar di Batu Pahat.

Rutin Shazarul bermula sebelum menjelangnya waktu Subuh lagi dengan tugasan mengupas bawang dan selepas itu bergegas pula membantu pakciknya menguruskan kedai demi menjana pendapatan lebih.

Walaupun pernah dihina sebagai budak pasar yang tiada masa depan, namun beliau tetap kuat mencari rezeki demi keluarga dan ibunya.

Dengan pendapatan yang tidak seberapa, Shazarul mula mencari jalan untuk mengubah nasib keluarga dan berazam untuk bantu ibunya keluar daripada belenggu kesusahan hidup.

Idea perniagaan untuk menjual bertih jagung tercetus apabila Shazarul ternampak mesin bertih jagung milik kakaknya. Bermula dari situ, beliau mula membuat bertih jagung sendiri.

Pada tahun 2017, beliau mula menjual secara kecil-kecilan di sekitar rumah namun kerana baunya yang wangi ditambah keenakan rasa, bertih jagung milik beliau mula menjadi bualan ramai.

Malah, bertih jagung ini mula mendapat permintaan tinggi dari satu kampung ke satu bandar Batu Pahat dan kini di seluruh negara.

Sempena nama panggilan bapa

Memilih nama produk sebagai Eng's Popcorn, ramai sangka ianya dimiliki oleh orang bukan Islam tetapi ia sebenarnya 100% perniagaan Muslim Bumiputera dan dijamin halal.

Engs merupakan nama panggilan yang diberi oleh moyang Shazarul kepada arwah bapa beliau yang berasal dari keturunan cina.  

Menurut Shazarul, moyangnya tidak mahir menyebut nama penuh bapanya iaitu Ismail dan hanya memanggil Engs kepada arwah bapanya.

Dari situ, Shazarul mendapat idea untuk memberi nama produk sempena nama arwah bapanya  sebagai tanda penghargaan kepada pengorbanan arwah bapanya dalam membesarkan mereka sekeluarga.

Siapa sangka, nama arwah bapa membawa tuah dan berkat sehingga Eng's Popcorn kini dikenali ramai di seluruh Malaysia.

Di sebalik kejayaan Eng's Popcorn

Sama seperti usahawan yang lain, Shazarul juga menempuh pelbagai cabaran namun memilih untuk meneruskan bisnes ini dengan ilmu bisnes yang betul.

Daripada niat hanya untuk menemani kakak, beliau akhirnya menerima impak besar selepas menyertai program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) anjuran RichWorks.

Bukan itu sahaja, beliau juga akui dengan tunjuk ajar serta bimbingan yang baik, beliau akhirnya berjaya membuang segala perasaan negatif dan mula terasa lebih dekat dekat dengan Allah SWT.

"Saya seorang pemalu dan masih perlu belajar banyak perkara untuk menjadi usahawan berjaya. Saya melihat RichWorks sebagai sekolah dan pusat pengajian tinggi kerana saya tidak dapat nak pergi satu masa dulu," katanya.

Ujarnya lagi, hasil yang beliau dapat hari ini adalah sangat berbaloi dengan pengorbanan yang beliau lakukan.

Lebih membanggakan, pada tahun 2020, Eng's Popcorn berjaya menjana jualan sehingga RM 8,000,000 pada tahun 2020, berbanding RM 152,000 sahaja pada awal tahun 2018 hingga Jun 2018.

Sehingga kini, Shazarul sudah memiliki sebuah kereta Mercedes Sport model GLA 45 AMG berserta sebuah kilang seluas 21,000 kaki persegi dengan lebih 50 orang kakitangan.

Siapa kata orang muda tidak boleh berjaya?

Mohamad Shazarul Ismail berjaya buktikan mampu berjaya walaupun bukan berasal daripada keluarga bangsawan.

Hanya bermula sebagai budak pasar, kini beliau akhirnya sudah mempunyai bisnes yang berjaya selain membantu orang ramai membina perniagaan kaya bersama Eng's.

Paling penting adalah mempunyai impian besar dan merealisasikannya tanpa putus asa. Tidak lupa juga, bimbingan dan tunjuk ajar yang betul merupakan tonggak utama kejayaan sebuah bisnes.

Jika anda berminat untuk mencuba produk Eng's Popcorn, boleh klik disini. Ikuti laman media sosial rasmi Eng's Popcorn di Facebook, Instagram, Linked dan Tiktok.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2021 10:29 AM | Show all posts
ooohhh ni ke org yg buat Eng's Popcorn

siyes sedap...tahan lama...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya adik ni.. dh jutawan
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgr richwork..i tus hhm...richwork bkn si zizan semang tu ke...sales maybe 8 juta tapi after tolak expenses....iblh dpt 1 juta kah?..biasa expenses absorb dlm 25 to 40 percent of total sales..x campur lg klu indirect costs etc
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 06:01 PM | Show all posts
Thank you for telling us that you can even make a business out of popcorn, this is really very useful information! I know another good way to open a business is to open it in hong kong! This website will help you with the opening of your business, as well as specialists will take on a lot of paperwork, which will allow you to focus exclusively on the development strategy of your company!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Artikel patut tunjuk gambar kilang dan merc sekali..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2021 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 12-8-2021 01:28 PM
Dgr richwork..i tus hhm...richwork bkn si zizan semang tu ke...sales maybe 8 juta tapi after tolak e ...

I baca tajuk pon dah boleh agk ank didik jijang sbb xsilap iols budak ni titan kot. Pernah dpt hot seat sharing bisnes dia. Dari kata2 dia mmg dpt agk jenis belajar x tggi.

Sometimes i jeles dgn org mcm ni sbb muda2 dah kaya, future dah tentu2 senang, ada rumah, kereta, but at the same time i rasa syg nk lepaskan moment2 masa belajar. Jumpa kwn2, rasa best x ada responsibilities tu. Entah la rasa syg pulak kalau umur muda2 tp xenjoy. Yes, u can enjoy afterwards tp dah x sama dgn vibes masa muda2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.076460 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list