CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1444|Reply: 5

Limp Bizkit batal konsert jelajah

[Copy link]
Post time 11-8-2021 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Limp Bizkit batal konsert jelajah


Amerika Syarikat: Band terkemuka, Limp Bizkit membatalkan konsert siri jelajah Limited Last Minute Post Pandemic Popup Party yang dijadualkan berlangsung pada bulan ini akibat Covid-19.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepada majalah Rolling Stone, Limp Bizkit menitikberatkan faktor keselamatan dan akan wang pembelian tiket juga akan dikembalikan.

"Kerana faktor keselamatan kepada band, kru dan semua peminat, acara persembahan Limp Bizkit pada bulan ini dibatalkan.

"Wang untuk pembelian tiket akan dikembalikan dan setiap pembelian secara dalam talian akan dikembalikan secara automatik," katanya.

Sebelum ini, Limp Bizkit dijadualkan bakal mengadakan lapan konsert siri jelajah mereka selepas kejayaan konsert di festival muzik Lollapalooza yang dihadiri ramai peminat.

Terdahulu, vokalis utamanya, Fred Durst menerusi Instagramnya menafikan khabar angin yang mengatakan gitaris band itu, Wes Borland dijangkiti Covid-19.

"Saya ingin jelaskan. Pertama, Wes Borland tidak dijangkiti Covid-19. Kedua, sistem yang ada memang tak boleh pakai.

"Ketiga, kami tak kisah mengenai perkara lain selain (keselamatan) anda semua (peminat). Sikap seorang ayah mula kelihatan," tulisnya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2021 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup lagi band ni???

Keep rolling betul eh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 10:01 PM | Show all posts
Lama giler band ni..sejak aku skola menengah kot…
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 12:13 AM | Show all posts
Wes Borland tu dulu hawt la jugak, dah tua nih nampak menggelikan.

btw elok jah Foo Fighters buat konsert baru2 nih, dgn syarat penonton bawak bukti dah vaksin. Tapi mcm biasa geng anti covax tunjuk perasaan kat luar concert venue, tak puas hati. Gitulah norma baharu akan datang, mana2 tempat org yg dah vaksin menikmati hidup - di situlah anti covax akan buat taik, nak bg ko miserable sama mcm dia org
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
hidup lagi ke atuk2 ni..keep rollin rollin rollin
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 09:48 PM | Show all posts
lagu Behind Blue Eyes fav ak dulu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.044558 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list