CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1812|Reply: 2

Kendall Jenner disaman RM7.6 juta

[Copy link]
Post time 5-8-2021 09:59 PM | Show all posts |Read mode

Kendall ketika sesi fotografi kempen koleksi pakaian musim panas 2020 Liu Jo. - ELLE

Kendall Jenner disaman RM7.6 juta

BANDAR RAYA NEW YORK – Model popular, Kendall Jenner berdepan tuntutan saman sebanyak AS$1.8 juta (RM7.6 juta) selepas didakwa gagal menghadiri  sesi fotografi bersama pereka fesyen Itali, Liu Jo.

Menurut lakhbar Daily Mail kelmarin, Jenner memilih untuk tidak hadir pada sesi fotografi itu berikutan situasi Covid-19  yang semakin buruk di Itali.

Jenner, 25, dilaporkan setuju untuk menjalani sesi fotografi bagi dua koleksi pakaian jenama tersebut, namun gagal menyempurnakan tugasan kedua kerana Covid-19.

Wakil pengurusan Jenner menegaskan bahawa sesi fotografi itu sepatutnya tidak diadakan kerana terdapat pertembungan jadual dan menawarkan untuk mengadakan semula sesi berkenaan  di Amerika Syarikat.

Namun, Liu Jo  bertegas menuntut ganti rugi dengan alasan pihak Jenner enggan berbincang secara baik untuk menyelesaikan isu tersebut.

Jenner  telah menerima bayaran awal sebanyak AS$1.3 juta (RM5.5 juta) pada Februari tahun. Sesi fotografi itu sepatutnya diadakan pada Oktober tahun lalu.

Liu Jo menuntut bayaran itu dikembalikan beserta ganti rugi tambahan, menjadikan jumlah keseluruhan saman mencecah RM7.6 juta.

Pada tahun 2019, Jenner  dilaporkan bersetuju untuk menjadi model bagi dua koleksi pakaian Liu Jo iaitu musim bunga/panas dan musim luruh/sejuk 2020.

Apabila wabak Covid-19 semakin serius menjelang hujung tahun lalu, model itu  didakwa enggan melakukan baki sesi fotografi bagi koleksi musim luruh dan sejuk pereka fesyen tersebut. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2021 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tgk muka dia tak tau naper tingat kat bill kaulitz
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 04:31 PM | Show all posts
brand Liu Jo tu pon aku tak pernah dengar,
klo photoshoot jenama well known mcm versace tu lagi banyak juta paymentnya kot....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.399663 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list