CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2679|Reply: 11

Aishwarya Rai Mengaku Anaknya, Aradhya Bachchan Crush Dengan Ranbir Kapoor

[Copy link]
Post time 27-7-2021 05:33 PM | Show all posts |Read mode
Aishwarya Rai Mengaku Anaknya, Aradhya Bachchan Crush Dengan Ranbir Kapoor



PENGIKUT setia industri hiburan Bollywood pasti mengenali aktor popular Ranbir Kapoor. Bukan sahaja memiliki kredibiliti dalam bidang lakonan, malah kekasih kepada aktres Alia Bhatt itu turut memukau ramai wanita.

Kemunculan pertama beliau dalam industri juga hangat diperkatakan terutama melibatkan tarian tuala yang dilakonkan menerusi filem Saawariya.

Sejak itu namanya sentiasa menjadi sebutan selain pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon popular Deepika Padukone dan Katrina Kaif.

Bukan sekadar wanita dewasa, kanak-kanak juga tidak terkecuali menyukai sepupu kepada Kareena dan Karisma Kapoor itu.

Mengakui perkara tersebut agak melucukan, Aishwarya Rai memberitahu anaknya, Aradhya pernah ‘tergila’gilakan’ Ranbir.

Puteri tunggal kepada pasangan Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan itu juga pernah memeluk Ranbir secara tidak sengaja ketika berada di lokasi penggambaran filem Dil Hai Mushkil saat menemani ibunya.

Kata Aishwarya, Aradhya secara tiba-tiba berubah sikap menjadi pemalu dan sentiasa menjaga penampilan diri terutama apabila melihat Ranbir.



“Anak saya memang mempunyai crush dengan Ranbir dan sangat menyukainya. Pernah suatu ketika, dia (Aradhya) telah berlari ke arah Ranbir dan memeluknya kerana menyangka beliau ialah bapanya.

“Situasi itu agak melucukan dan saya faham mengapa dia bersikap sebegitu kerana Ranbir kelihatan seperti bapanya dengan memakai jaket dan topi yang sama dipakai oleh Abhishek,” tutur beliau.

Bukan sekadar itu sahaja, Aradhya malah enggan memanggil Ranbir dengan panggilan pak cik meskipun telah diminta beberapa kali oleh Aishwarya.

“Dia hanya memanggil Ranbir pak cik sebanyak dua kali sebelum menukar nama panggilan kepada RK. Tindakannya itu telah membuatkan semua yang berada di set ketawa,” ujar Aishwarya.

Sebaik mengetahui akan perkara itu, aktor Abhishek sempat mengusik Ranbir dengan mengatakan: “Ini dia yang menawan itu.”

Sumber:https://sinarplus.sinarharian.com.m

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2021 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ranbir who
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
“Situasi itu agak melucukan dan saya faham mengapa dia bersikap sebegitu kerana Ranbir kelihatan seperti bapanya dengan memakai jaket dan topi yang sama dipakai oleh Abhishek,” tutur beliau.

Ahhhh nasib baik pakai baju sama. Kalau rupa sama, harus aku tarbiyah acik aish. Laki ko antara rupa hauk di bolly world yach
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
tak kenal laa pelakon Bollywood sekarang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2021 09:41 PM | Show all posts
curry kuat  ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 11:21 AM | Show all posts
mak anak bapak semua lawa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2021 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu pakaian sama ok lah kot. Ni klu rupa pak dengan ranbir tu dikatakan sama, mohon acik aish bawak anak ke ortho
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Huntung anak Aish ni, anak tunggal mesti dilayan bak princess. Aish ni kalau dapat anak lelaki ikut muka dia kot (kebiasaannye ler anak lelaki ikut muka mak)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kah kah ... Kita semua time kecik umur dia pun ada crush kan ... Besa la tu.

Iols xdoakan. Tapi xmustahil kan tggu 15tahun lagi ntah2 berpacaran dengan childhood crush dia ni ...
Bukan xde kisah mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia muka banyak ikut belah bachan
Kalo tinggi pun ikut untung la
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
nakkomenjugak replied at 27-7-2021 06:17 PM
“Situasi itu agak melucukan dan saya faham mengapa dia bersikap sebegitu kerana Ranbir kelihatan se ...

Dia nak cakap laki dia hensem ke cemana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 29-7-2021 05:18 PM
Dia nak cakap laki dia hensem ke cemana ni?

mungkin... hihihihi
laki dia tetap muka hauk. leluhur tok amitabh kuat sangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.058197 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list