CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8528|Reply: 9

Wanita kongsi kisah silam dirogol bomoh

[Copy link]
Post time 23-8-2017 04:51 PM | Show all posts |Read mode


Gambar Sekadar Hiasan. “SAYA bukan pembawa sial, saya tidak salahkan takdir kerana ia takdir ALLAH SWT yang ditentukan-Nya,” itu luahan Nur Izah, 28, (bukan nama sebenar) memulakan bicara ketika menceritakan detik hitam yang terpaksa ditempuhinya. Tragedi hidupnya bermula selepas kematian neneknya, lima tahun lalu. Sejak dilahirkan Izah dijaga neneknya kerana ibu bapanya sibuk urusan kerjaya. “Sejak kembali ke pangkuan ibu bapa, baru saya ketahui bahawa mereka mengamalkan ajaran sesat dan percaya kepada seorang bomoh yang berusia lingkungan 40-an,” katanya.

Menurutnya, keluarganya mengambil jalan singkat dengan membawanya berjumpa bomoh berkenaan di ibu kota setelah didakwa membawa ‘sial’ kepada keluarga. Malang bagi Izah apabila niat keluarganya menemui bomoh terbabit dengan harapan masalah yang dihadapi mereka berjaya dipulihkan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dirogol lelaki terbabit.




“Kejadian berlaku apabila bomoh terbabit mendakwa saya menjadi punca masalah rumah tangga serta kewangan ibu bapa,” katanya. Nur Izah berkata, episod hitam bermula apabila bomoh berkenaan menjalankan upacara dengan mengarahkannya mandi terlebih dulu bagi ‘membuang sial’, sebelum membawanya ke bilik untuk rawatan seterusnya.




Menurut anak kedua daripada enam beradik itu, dia tidak menyedari niat jahat bomoh terbabit kerana menganggap ia sebahagian rawatan yang perlu dilalui.


“Saya diperkosa setiap kali berjumpa dengan bomoh berkenaan. Saya juga pernah dipukul abang dan dimarahi keluarga jika saya ingkar untuk menjalankan ‘rawatan’ itu,” katanya. Menurutnya, disebabkan kejahilan tentang ilmu agama turut menjadi punca perkara ini berlaku ke atas keluarga.“Banyak perkara dijanjikan bomoh berkenaan seperti kewangan keluarga kembali pulih dan pelbagai janji manis. Difahamkan beberapa orang turut menjadi mangsa bomoh terbabit,” katanya.





Nur Izah berkata, dia memaafkan perbuatan keluarganya dan berdoa agar mereka kembali ke pangkal jalan.“Saya tidak salahkan mereka, ia berkemungkinan terpengaruh dengan hasutan bomoh tersebut sehingga rumah, kereta dan harta ditukar milik ke atas nama bomoh berkenaan,” katanya.



Menurutnya, setelah perkara itu dimaklumkan kepada ibu saudaranya, dia diselamatkan dan di hantar ke Pertubuhan Kebajikan Rumah Pemulihan Akhlak Insani (Rumah Insani), Bukit Beruntung, Hulu Selangor.

“Ibu saudara saya membuat laporan polis. Demi keselamatan, saya ditempatkan di rumah ini untuk belajar ilmu agama,” katanya.- Ustaz Ahmad Fauzi (Pengurus Rumah Insani)



Kredit: Kakisembang.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2017 05:26 PM | Show all posts
ni lah akibat percaya kan bomoh dari Tuhan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
iols xpercaya bomoh ni, walaupun ilmu dorg tu ada yg betul. .atok iols sndri pun pandai mengubat tp lebih kpd bomoh bkn perubatan islam, so sbb tu iols xpercaya sgt kat bomoh ni sbb contoh dah ada depan mata. .
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 11:52 AM | Show all posts
kakak kwn sy hampir terkena,bomoh tu cuba nak pegang2 kakak die..kawan sy da rasa heran,terus heret kakak die balik,x jadi nak berubat...lagi plak tu baru je nak scan,nak pegang2,sentuh2 bagai mmg x ler...tp sy heran,camner org masih lg percaya dgn bomoh ni ek?nak2 spesis y baca mantera pebenda ntah...taksub sgt ka?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 12:01 PM | Show all posts
Akak mcm pernah tertengok satu video yang dikirim org dkt wasap, katanya bomoh. Dia baringkan sorang girl ni pastu terus mcm paksa girl tu buat hubungan seks. Nampak mcm girl tu lawan mula2 tapi bomoh tu dapat jugak paksa girl tu. Mcm betul sbb bilik dalam video tu mcm ada perkakas2 bomoh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 03:37 PM | Show all posts
Nama blog pon kaki sembang
Level dakwicet jer beritanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2017 04:04 PM | Show all posts
hujung-hujung budak yang kena rogol pula kena hantar rumah pemulihan akhlak belajar agama. bomoh tu ke mana? patut dia yang kena masuk sekolah agama balik
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 05:13 PM | Show all posts
salmon-suki replied at 24-8-2017 11:52 AM
kakak kwn sy hampir terkena,bomoh tu cuba nak pegang2 kakak die..kawan sy da rasa heran,terus heret  ...

terdesak sgt sis, tu yg "buta hati"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2017 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
-electrifying- replied at 24-8-2017 05:13 PM
terdesak sgt sis, tu yg "buta hati"

Tulaaa kan..terdesak smpai mengatasi rationality...pulak tu,kesian kat mangsa sbb family paksa continue "berubat" dgn bomoh tu..n dorg bley pulak pcaya y c mangsa tu pembawa sial/malang...tersangat sadis pemikiran dorg..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2017 08:58 AM | Show all posts
salmon-suki replied at 24-8-2017 07:17 PM
Tulaaa kan..terdesak smpai mengatasi rationality...pulak tu,kesian kat mangsa sbb family paksa con ...

takziah la kpada dia dpt kluarga kolot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.207079 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list