|
21 Doctors And Nurses Share The Creepiest Last Words Uttered By A Patient Before
[Copy link]
|
|
black-shirt replied at 18-5-2017 08:40 PM
Citer la lagi.. mcm best aje
Bagi mengelakkan request tergantung, aku add in satu cerita dekat katil yang sama di cubicle yang sama. Cerita ni terjadi awal tahun ni. Ada seorang relative ni jaga pesakit yang ada jangkitan otak la. Jadi pesakit ni highly dependent dan memang bed bound lah. Berdepan dengan pesakit ni, ada seorang lagi pesakit. Tapi teruklah. Masuk tiub pernafasan. Bergantung nyawa dengan mesin. Malam tu aku kerja. Dalam jam 2-3 pagi tu, aku perasan yang mak cik jaga pesakit yang tak berapa betul tu macam mengigau. Tangan dia macam menepis sesuatu. Kami pun risau gak la. Kot2 mak cik tu fit. Cuba gerak mak cik tu, ambil masa lama jugak la baru dia bangun. Bila bangun, saja2 la tanya mimpi apa ? Dai cerita ada sesuatu makhluk badan besar nak cekik dia. Petang the tu, pesakit depan katil pesakit yang jangkitan otak yang teruk tu meninggal. |
|
|
|
|
|
|
|
Fuhh jenuh baca. Sedih ade seram pun ade |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita lah lagi.. Nurses doctors.. Sebagai iktibar... |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu, aku pernah ada sorang pesakit ni. Aku kenal dia tak la mendalam sangat. Kenal gitu-gitu ja. Sebabnya, dia ni pernah mengidap penyakit TB. Sebelum tahun 2014, rawatan untuk penyakit TB percuma untuk semua warganegara dan bukan warganegara. Dia ni Indonesian. Makanya lama lah dia menetap dekat dalam wad TB ni. Sampai complete treatment. 6 bulan. Makan minum kerajaan Malaysia tanggung. Disebabkan kebanyakkn pesakit TB ni duduk lama dalam wad, mereka ni dah saling kenal mengenali. Dah macam kampung kecil. Hahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam tempoh treatment TB tu, kita memang akan buat semua blood test untuk check punca lain penyakit TB ni. Kadang-kadang, sesetengah orang kena penyakit TB ni disebabkan penyakit lain, iaitu HIV. HIV ni menyababkan imuniti badan lemah menyebabkan mudah kena serangan penyakit. Dan dia merupakan antara manusia dalam kategori ni. Menurut ceritanya, dia mungkin dijangkiti lepas buat tattoo dekat Indonesia dulu. Tapi dia tak ada la plan untuk proceed dengan rawatan sebab kerajaan tak cover penyakit tu untuk bukan warganegara. |
|
|
|
|
|
|
|
6 bulan dia dekat wad tu. Dia cerita, dia datang Malaysia dengan mak dia. Jual rumah, jual tanah nak bayar cost semua. Jadi, bila doktor cakap suruh balik continue treatment sana, dia bagitahu nak balik macam mana, tak de apa-apa dah dekat sana. Mak dia pun ikut datang sini kerja sekali. Kesian kan. Tapi dia dapat la completekan regime ubat TB tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Lama jugak la tak nampak dia lepas dia discharge. Dalam setengah tahun rasanya. Lepas tu dia admit balik. Datang dengan mak dia. Cirit birit berterusan. Dah tak berapa betul sikit dia time tu. Dah kurus kering. HIV dah jadi AIDS. Memang TLC lah. Mak dia tak dapat jaga dia sebab kerja. Yalah, orang dah jual segala-gala untuk kerja dekat sini. Tak boleh pakai main cuti saja. Lama la jugak dalam wad. Mak dia ni payah sikit nak di contact, sebab doktor sini rajin contact mak dia nak discuss pasal treatment dengan kos. Sampaikan mak dia macam fobia, terus di block nombor hospital. Sampailah dia meninggal dalam wad pun, tak dapat contact mak dia. Sebulan kemudian, lepas dia meninggal tu, aku kerja pagi. Dalam kesibukkan pagi tu, datang la mak dia melawat. Memang kenal la sebab kan, dia dah lepak wab TB lama. Ayat yang buat kan aku rasa sebak dan nak belah dari situ bila dia tanya mana anak dia, sebab dia nak datang melawat. Terkedu kami. Terpaksa slow talk, cakap anak dia dah tak ada, ada dalam freezer dekat bawah. Nasib baik mak dia kental jugak. Menangis jugak la, tapi tak ada la sampai pengsan - pengsan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|