CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2093|Reply: 1

Kajian Terbaru Evolusi 'Meatball' Ikea Untuk Tahun 2035

[Copy link]
Post time 17-6-2016 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Anda pasti penggemar 'meatball' atau bebola daging di Ikea, betul tak?

Nak kongsikan dengan anda, bebola daging untuk masa 19 tahun akan datang divariasikan tidak menggunakan isi daging sepenuhnya.



Menurut paparan visual yang dikeluarkan oleh Ikea future-living research lab melalui laman Space10, 7 menu terbaru bebola daging yang dijangka akan dikeluarkan  pada tahun 2035.

Untuk menu terbaru ini, ia menggunakan beberapa bahan pra campur dan tidak hanya fokus kepada daging sahaja.

Jom lihat paparan bebola daging pada tahun 2035 ini. Sedap ke tak ya? Entah sempat merasa atau tak kan? Hehehe. - CARI Infonet

1) The Wonderful Waste Ball




Bebola ini diperbuat daripada sisa-sisa makan untuk mengelakan pembaziran. Idea oleh UN Food and Agricultural Organisation.

2) The Urban Farmer's Ball



Bebola yang diperbuat daripada sayur-sayuran. Idea ini adalah sebagai satu langkah untuk membantu ekonomi golongan petani di kawasan bandar dan merupakan altenatif terbaru kepada makanan tempatan

3) The Mighty Powder Ball



Bebola dengan serbuk yang kaya dengan sumber vitamin,protein, karbohidrat, lemak tidak tepu dan mineral. Ia boleh dijadikan sebagai makanan diet yang sihat.

4) The Lean Green Algae Ball



Bola Alga Hijau. Alga adalah salah satu tumbuhan yang kaya dengan vitamin, protein dan mineral. Idea bebola dari Alga hijau ini tentunya sesuatu yang baik dan menyihatkan.

5) The 3D Printed Ball



Evolusi bebola daging terbaru menggunakan kaedah percetakan 3D. Ia diperbuat daripada bahan-bahan yang berkualiti berasaskan sayur-sayuran dan daging

6) The Nutty Ball



Didalam industri makanan, Kekacang mendapat permintaan tinggi sejak kebelakangan ini. Untuk itu, Ikea akan mengeluarkan bebola dengan kacang yang sedap! Bukan itu sahaja,  tetapi bebola kacang ini kaya dengan mikronutrien dan protein yang tinggi.

7) The Crispy Bug Ball



Bebola  rangup ini diperbuat daripada serangga. Mengikut kajian, serangga pada umumnya mengandungi lebih banyak protein dengan kandungan lemak yang lebih rendah berbanding daging
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2016 01:41 PM | Show all posts
Tingginya imaginasi memasing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.315352 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list