CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5421|Reply: 39

'Membazir Je Bayar Gaji Pemain Bola Mahal, Main Entah Apa-apa'

  [Copy link]
Post time 22-12-2020 09:20 AM | Show all posts |Read mode




"Selain gaji yang tinggi gila, mana datangnya duit kelab bola tempatan untuk bayar gaji pemain? Penjualan tiket rendah, jersi copy bersepah, siaran langsung tak banyak."



Itu antara persoalan netizen yang hairan dengan kemampuan pasukan bola sepak tempatan mengurus dana mereka, termasuklah membayar gaji pemain yang mahal.



Adakah ianya datang daripada kerajaan negeri, penaja atau poket sendiri?



Berbaloikah bayaran mahal tersebut?






Foto :NST




Memandangkan gaji pemain yang sangat tinggi, pastinya ia mengundang pertanyaan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air. Ada yang menyatakan, kebanyakan dana datang daripada kerajaan negeri.





Foto :Twitter



Selain peruntukan dari kerajaan, dana juga diperolehi daripada penaja pasukan bola tertentu. Jadi, tidak menghairankan pemain bola sepak boleh dibayar dengan mahal sehinggakan sama nilainya dengan pemain bola sepak luar negara. Kualiti tu, sama juga ke?





Foto :Twitter



Jadi, betullah gaji pemain bola sepak Malaysia sama dengan pemain luar negara. Ini menyebabkan persaingan setiap negeri di Malaysia sangat sengit walaupun dahulu pernah dikatakan gaji siling pemain adalah sekitar RM8,000.





Foto : Twitter


Foto : semuanyabola.com




Ada pula yang mencadangkan agar liga bola sepak diswastakan agar duit kerajaan negeri boleh digunakan untuk sukan lain yang selama ini dianak tirikan. Jadi, anda rasa bagaimana? - CARI




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2020 09:37 AM | Show all posts
Memang patut di swastakan dari dulu. Tak pasal2 kerajaan negeri kena tanggung gaji mahal2 ni. Kena ada fair play bagi setiap kelab.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapak aaa gaji.ptt la retis2 berebut nak menempel
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
William Hill,ladbrokes,Dafaber,Bet888...sportsbet....ni semua penyumbang jugak gaji pemain ni....
Ada korang tau...?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit kerajaan negeri tu kalau dibuat utk bina taman,kutip sampah,etc ada juga faedahnya utk rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 10:11 AM | Show all posts
Caj gaji rm3k dah la. Mcm pekerja swasta tipikal.

Boleh dak gitu?

Duit kerajaan tu salurkan ke tmpt yg lebih memerlukan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2020 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Atlet skrg lagi suka berendut
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 10:39 AM | Show all posts
tampal jln rosak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2020 12:24 PM | Show all posts
macam artikel tahun 2015 je tu

bagi peminat bola dah paham sgt dah gaji diorg ni
xperlu nk bahas pon
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau terkenal seluruh dunia wajar laa kot,tp setakat liga malaysia jah..mcm tak berbaloi bayar mahal2..sumbangan utk negara pn xde..agaknya gaji datok LCW brp yee..skills y xde pengganti lagi kot..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 01:47 PM | Show all posts
setuju 100%..

dah kenapa pulak kerajaan negeri nak kena tanggung korang.

byk benda lain boleh buat.

permainan pun tak menghiburkan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Main bola kt msia ni utk hiburan semata2 ke hapa? Sebelah eropah sana bola ni diorg buat duit utk berjudi mcm lumba kuda....sbb tu club2 kecik sampai brp division pun blh hidup
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaji mahal tapi kualiti cuma jaguh kampung
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaji player pra 2012 sekitar 5-10k
Lepas jdt masuk liga super pd 2013..gaji jd naik
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 03:06 PM | Show all posts
betul la tu.
liga M ni overrated dan overpaid.

ramai player yang gaji nya lebih tinggi,
dari gaji purata player professional Jepun.

padahal ranking FIFA antara Jepun dan Malaysia,
jauh tinggal berkoyan koyan
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 03:08 PM | Show all posts
zacks replied at 22-12-2020 10:11 AM
Caj gaji rm3k dah la. Mcm pekerja swasta tipikal.

Boleh dak gitu?

sah2 boleh... tapi btw nak tanya sape2 tahu... kutipan tiket bola ni masyuk ke before covid? ada tak 10 juta setiap perlawanan?
kalau takde buang duit je bayar pemain2 tiap2 bulan.. duit2 bayar pemain tu dapat dari mana? orang derma ke pakai duit rakyat?

kalau duit rakyat memang tak berbaloi langsung sebab takde pulangan apa pun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2020 03:10 PM | Show all posts
Edited by brego at 22-12-2020 03:25 PM
husna_amal replied at 22-12-2020 09:37 AM
Memang patut di swastakan dari dulu. Tak pasal2 kerajaan negeri kena tanggung gaji mahal2 ni. Kena a ...

liga M tiada financial fairplay,
dan tiada salary capping macam USA MLS.

itu sebab bila ada bintang muda baru naik,
terus kena sambar dengan JDT,
bagi gaji tinggi yang tak mampu di counter oleh kelab asal,
lepas tu mereput duduk bangku simpanan

contoh terbaru,
akhyar rashid, aka neymar malaysia.

JDT adalah penyebab utama inflasi gaji di liga M,
itu sebab kelab lain terciduk,
tak mampu bersaing dengan kelab sugar daddy


Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
patutla retis2 pengasas2 produk kcantikan nak sgt rapat dgn pemain bola, dah tu sukan lain xpenting ke, kjaan negeri pun alahaii..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 03:17 PM | Show all posts
zacks replied at 22-12-2020 10:11 AM
Caj gaji rm3k dah la. Mcm pekerja swasta tipikal.

Boleh dak gitu?

boleh. downgrade liga jadi semi-pro.
siang keje macam biasa, petang training bola.
weeken lawan bola.

memang itu jer level player msia,
tak layak pun main professional.
kalau betul berbakat, boleh jadi professional main di liga luar negara.
macam otai2 terdahulu - lim teong kim, fandi ahmad, syed ahmad, chow chee keong, etc

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 03:24 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 22-12-2020 03:08 PM
sah2 boleh... tapi btw nak tanya sape2 tahu... kutipan tiket bola ni masyuk ke before covid? ada t ...

tak sampai pun 10 juta per game, 1 juta pun tak sampai

income kelab bola di liga M,
mostly dari money grant from FAM (tv money & sponsorship),
dan jugak budget kerajaan negeri (melalui persatuan bola negeri).

yang kelab di selatan, mereka ada sugar daddy.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.722399 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list